Mahu Solekan Tahan Lebih Lama? Cuba Ini

Mahu Solekan Tahan Lebih Lama? Cuba Ini

Makeup

Tak Ada Lagi Masalah Mekap Cepat Cair Dengan Setting Spray Ini. Pasti Solekan Kamu Tahan Lebih Lama Sepanjang Hari.

shutterstock_487325317a

Foto: Shutterstock.com

Penyembur mekap sama seperti penyembur rambut – ia adalah sentuhan terakhir dalam rutin mekap kamu. Mulakan dengan krim BB, pembayang mata, maskara, dan gincu, kemudian pegang penyembur sedikit jauh daripada wajah dan semburkan sedikit. Jangan usik, biarkan saja ia kering secara semula jadi. Fungsinya adalah untuk buat mekap tahan lebih lama sepanjang hari. Cosmo senaraikan antara produk yang boleh kamu cuba

1. URBAN DECAY  ALL NIGHTER LONG LASTING MAKEUP SETTING SPRAY

Produk ini mampu buat solekan tahan sehingga 16 jam! Sembur saja untuk efek tahan lama sepanjang hari.

Harga: RM139

Urban-Decay-All-Nighter-Long-Lasting-Makeup-Setting-Spray-118ml-Open-1500x1500_600x

2. TARTE READY, SET, RADIANT SKIN MIST SET

Penyembur dua dalam satu ini menyempurnakan solekan dan segarkan kulit dengan penghidratan yang ringan.

Harga: RM115 (Sephora.my)

f4d9d8ade0d735d9a8b700034d4db0da

3.  NYX PROFESSIONAL MAKEUP: MAKEUP SETTING SPRAY

Penyembur NYX ini datang dalam dua jenis untuk efek berbeza iaitu matte finish dan dewy finish. 

Harga: RM40 (Hermo.my)

49209af79d9cb6cc80eebcbda9af6a64--nyx-makeup-face-makeup

4. KAT VON D LOCK-IT LOCK-IT MAKEUP SETTING MIST

Mekap tahan lebih lama sehingga 24 jam! Hebat, kan?

Harga: RM55 (Sephora.my)

20022_1-600x600

5. MAKE UP FOR EVER MIST & FIX SETTING SPRAY

Ia meningkatkan penghidratan untuk kesan yang lebih halus dan lembut, serta takkan mengeringkan kulit.

Harga: RM60 (Sephora.my)

 6-setting-sprays-to-keep-your-makeup-in-place-this-nye-1600518.600x0c-600x600Kongsi dari : Cosmopolitan