Manfaatkan Pakaian Lama Dengan 5 Idea Ohfesyen Ini

Manfaatkan Pakaian Lama Dengan 5 Idea Ohfesyen Ini

Out & About

Perempuan dan shopping berpisah tiada. Setiap bulan pasti ada sahaja baju yang dibeli. Kalau jenis yang memang gila shopping tahap kronik tu, 10 almari pun tak cukup agaknya. Biasanya golongan ini cepat bosan dengan baju-baju lama mereka. Padahal baru pakai sekali, untuk 3 jam je pulak tuh! Adakah mereka golongan yang memang gila shopping, fashionable atau golongan yang cepat menyesal dengan keputusan sendiri? Keliru.

Ikuti idea ohfesyen untuk bantu si “gila shopping” 

800

Bersedekah amalan mulia!

Kumpulkan baju yang masih elok dan sopan. Pastikan pakaian tersebut dalam keadaan yang baik. Berikan kepada mereka yang memerlukan contohnya, sumbangkan dekat rumah anak-anak yatim. Buat amal sekali sekala apa salahnya, dapat juga pahala. Kan?

Preloved Item

Jika kamu ada masalah kewangan, jual saja pakaian yang sudah tidak dipakai yang masih elok. Banyak medium yang korang boleh gunakan sebagai platform untuk menjual semua barang-barang korang. Contohnya instagram, carousell, facebook. Platform paling dikenali dengan barangan preloved item, Carousell.

800 carousell-iphone

Fashion Recycle

Kalau ada baju yang ada minor defect seperti kotoran yang tidak boleh hilang, atau terkoyak sedikit, apa kata uji minda sedikit? Jadi kreatif, tambahkan aksesori macam patch? Tampalkan patch secara bersepah atau tersusun. Google it untuk pelbagai idea patch! large
800 4

Tempat Tidur

Jadi lebih kreatif bila korang transform pakaian lama kepada sarung bantal, cadar atau selimut! Gabungkan semua material pakaian korang dan jahit jadi kelengkapan tidurmu! Jangan risau, kalau tak tahu menjahit, hantar saja dekat taylor yang terdekat. Mudah kan?

800 7

2 dalam 1 ! Boleh dijadikan sebagai perhiasan bilik atau rumah jugak! Ah so love love love

800 6

Sarung bantal daripada material sweater/sweatshirt

Lapik Kaki

Untuk pakaian yang sudah terlalu lusuh pula, jadikan saja sebagai lapik kaki atau kain buruk. Daripada korang buang ibarat buang duit, lebih baik berjimat tidak perlu beli kain buruk! 

Semoga membantu. Ok bye!