Membazir Beli Tudung Ratusan Ringgit Akhirnya Rosak? Ikuti 4 Tips Ini Untuk Panjangkan ‘HAYAT’ Tudung Kamu!

Membazir Beli Tudung Ratusan Ringgit Akhirnya Rosak? Ikuti 4 Tips Ini Untuk Panjangkan ‘HAYAT’ Tudung Kamu!

Tutorial Hijab

Pin hilang itu perkara biasa. Hijabi mana je yang tak pernah alami masalah pin hilang? Beli lah banyak mana pun, pasti akan hilang juga nanti. Namun, selain masalah pin tudung, hijabi juga akan berhadapan dengan masalah tudung rosak?

Rasa tak berbaloi beli tudung Duckscarves tapi akhirnya rosak gara-gara kesilapan diri yang tak disengajakan. Paling jelas, tudung yang tercarik kainnya. Arghhhh! SAKITNYA HATI! Dipetik dari artikel HIJABISTA, OHFESYEN kongsikan semula tips begi mengelakkan hijab tercarik. Lepas ni tak ada lah ragu-ragu nak beli tudung ratusan ringgit!

 

#1 Elak pin yang besar dan berat

Elakkan daripada menggunakan pin yang bersaiz besar dan berat. Ini kerana bebanan pin yang berat boleh menyebabkan ia membebani hijab lalu menghasilkan lubang yang lebih besar daripada jarum pin itu sendiri.

Elak guna pin besar.

#2 Guna subang paku

Cara terbaik adalah dengan menggunakan subang jenis paku yang jauh lebih ringan dan tidak jatuh. Kedudukannya yang melekat apabila dipasang mampu mengelakkan hijab anda membentuk lubang yang besar akibat daripada bebanan pin yang berat. Ataupun alternatif lain, anda boleh gunakan subang telinga jenis plastik mahupun getah sebagai ganti.

 

Gunakan kerongsang bersesuaian.

#3 Lapik dengan fabrik

Sebelum mengenakan pin, lapik terlebih dahulu bahagian hijab yang hendak dipin dengan sebarang fabrik lain. Ini bertujuan supaya hijab anda tidak tertarik sewaktu memakai dan membuka pin. Sekali gus mampu menyelamatkan hijab anda daripada rosak dan sentiasa berada dalam keadaan seperti baru.

 

 

#4 Jangan guna jarum tumpul

Satu lagi yang harus anda utamakan adalah pastikan jarum peniti atau sebarang jarum pin yang hendak disemat pada hijab benar-benar tajam. Jika anda menggunakan jarum yang tumpul, itu sebenarnya yang memudahkan fabrik hijab anda tercarik atau tertarik benangnya. Penggunaan jarum yang tajam memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan pin tanpa sebarang masalah seperti tersangkut.

Jangan guna jarum karat atau tumpul.

Ekstra Tip:

1. Jangan meramas hijab ketika mencuci, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih.

2. Basuh tudung hanya dengan tudung sahaja. Asingkan daripada kain yang lain.

 

3. Jika boleh, elak gunakan pelembut kain bagi mengelakkan tudung menjadi lembik dan sukar dibentuk.

4. Elak ‘direct sunlight’ supaya hijab tahan lebih lama dan warna tidak pudar.

 

Kongsi dari : Hijabista