Miliki Siku & Lutut Yang Cerah Dengan Bahan Semulajadi

Miliki Siku & Lutut Yang Cerah Dengan Bahan Semulajadi

Kecantikan

Bila kulit dah cerah sekata, tiba-tiba siku & lutut pulak hitam. Argh! stressnya..Nah, sebenarnya ini sebabnya & cara nak cerahkan dengan hanya menggunakan bahan semulajadi! 

Bahagian siku & lutut selalunya lebih gelap daripada bahagian tubuh badan yang lain. Ini kerana kulit pada bahagian tersebut adalah lebih tebal dan lebih banyak lipatan berbanding kulit sekitarnya. Antara faktor yang lain adalah pendedahan berlebihan kepada matahari, faktor genetik, ketidakseimbangan homon, obesiti, pembentukan kulit mati dan peningkatan pigmen melanin. Bahagian siku & lutut juga tiada  kelenjar minyak dimana menyebabkan bahagian tersebut cenderung menjadi kering.

#1   Minyak Kelapa (paling mudah)

minyak-kelapa-sehat

Minyak Kelapa mengandungi Vitamin E dimana ia boleh mencerahkan tona kulit dan mengekalkan hidarasi dan kelembapan kulit. Selain mencerah, minyak kelapa juga mampu membaiki kulit gelap dan rosak.

Cara-cara

Cara 1 — Setiap kali selepas mandi, letak minyak kelapa dekat siku dan lutut. Urut perlahan 1-2 minit. Sapu sedikit sahaja minyak kelapa beberapa kali sehari untuk mengelakkan kulit kering.

Cara 2 — Campurkan 1 sudu kecil minyak kelapa dan 1 sudu kecil perahan lemon. Sapukan pada siku dan lutut yang gelap. Biarkan 15-20 minit. Lap dengan tisu. Lakukan sekali sehari.

#2   Lemon (paling mudah)

800

Lemon terkenal dengan natural bleaching as well as exfoliating properties. Kaya dengan kandungan Vitamin C  yang boleh mencerahkan kulit. Ia juga dapat menggantikan sel-sel kulit mati melalui proses “regeneration”.

Cara-cara

Cara 1 — Sapukan perahan lemon di bahagian siku dan lutut yang gelap. Urut perlahan selama beberapa minit. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan jangan lupa sapu lotion pelembap.

Cara 2 — Perah 1 biji lemon dan campurkan dengan 1 sudu besar madu. Sapukan pada bahagian siku dan lutut yang gelap dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air biasa.

♦ Lakukan salah satu cara diatas sehari sekali selama beberapa minggu. Elak dari terkena cahaya matahari selepas kamu sapu lemon pada bahagian siku dan lutut.

#3   Raw Aloe Vera (paling paling mudah)

800 aloe vera

Macam yang semua orang tahu, lidah buaya merupakan pelembut kulit semulajadi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan hidrasi. Lidah buaya juga mampu mengekalkan tona kulit yang sekata dan membaiki sel kulit yang rosak.

Cara-cara

Ambil sebatang lidah buaya. Belah kulit lidah buaya tersebut untuk mengeluarkan gel.

Sapukan gel aloe vera tadi dekat bahagian siku dan lutut

Biarkan selama 20 minit. Bilas 

Lakukan 1 atau 2 kali sehari.

#4   Yogurt Asli

800 yogurt

Kandungan lactic acid dalam yogurt mampu mencerahkan kulit. Ia juga dapat membersihkan dan melembapkan kulit.

Cara-cara

  • Campurkan 1 sudu kecil plain yogurt dengan cuka putih untuk mendapatkan pes yang ringan. Sapukan campuran tersebut pada bahagian siku dan lutut yang gelap. Biarkan kering. Bilas dengan air suam, pat dry dan sapukan pelembap.

#5   Kunyit

800 tumeric

Tahukah kamu kunyit sebenarnya terkenal sebagai bahan pemutih. It is highly recommended for dark elbows and knees! Ia mampu mengekalkan tona kulit dan menambah natural glow.

Cara-cara 

  • Campurkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil krim susu. Sapukan pada siku dan lutut dan urut beberapa minit. Biarkan kering. Bilas dengan air suam

♦ Lakukan satu hari sekali dan kamu akan lihat perubahan selepas satu atau dua minggu.

#6   Gula

800 sugar

Siapa kata gula tiada khasiat? Gula mampu menyingkirkan sel kulit mati sekali gus melembutkan kulit.

Cara

Campurkan gula dan olive oil dengan jumlah yang sama

Sapukan campuran ini pada siku dan lutut dan gosok secara gerakan membulat selama 5 minit.

Bilas dengan sabun lembut dan air suam.

♦ Lakukan rawatan ini setiap minggu

Sumber — top10homeremedies