Nak Gambar Instagram Cun Bak Bintang Fesyen Jalanan? Cuba Cara Ini!

Nak Gambar Instagram Cun Bak Bintang Fesyen Jalanan? Cuba Cara Ini!

OOTD

Nak Gambar Instagram Cun Bak Bintang Fesyen Jalanan? Cuba Cara Ini!

Jika anda melihat gambar bintang street style di media sosial, pasti anda cemburukan gambar mereka, ianya tampak sungguh natural walhal mereka juga berhempas pulas posing sakan untuk mendapatkan shoot yang menarik.

Selain fesyen yang first class, teknik mekap, cara posing juga memainkan peranan. Bukankah lebih baik jika anda mengambil gambar secara candid agar terlihat lebih natural.

Baca: Nak Nampak Fotogenik Dalam Gambar? 6 Tips Mekap Boleh Bantu

Wanista kongsikan beberapa trik terbaik untuk menghasilkan gambar street style yang kelihatan profesional, layaknya seperti seorang bintang street style.

Bersandar


Foto – Pinterest

Dinding ialah salah satu keperluan wajib jika anda ingin mengambil gambar OOTD. Cubalah pose dengan gaya menyandar secara santai, seolah-olah seperti tidak pose.

Crosswalk


Foto – Pinterest

Biarkan photographer menangkap gambar anda sedang berjalan, melintas ataupun saat melihat lampu isyarat.

Smartphone


Foto – Pinterest

Rasanya tak perlu pose untuk mendapatkan gaya ini. Photographer hanya perlu mengambil gambar ketika anda sibuk bermain telefon pintar atau sedang bercakap di telefon. Asalkan memang nampak natural.

Toleh ke belakang


Foto – Pinterest

Lagi satu yang boleh anda cuba adalah dengan menoleh sedikit ke belakang, tetapi secara sipi sahaja. Berjalan, kemudian menolehlah ke belakang dan tersenyum dari balik bahu. 

Pandang ke bawah


Foto – Pinterest

Untuk mencipta ilusi kaki lebih panjang, cubalah ambil angle dari samping di mana anda tengah berjalan sambil melihat ke bawah. Cuba sedaya mungkin agar kelihatan natural.

Mudahkan? Sekarang anda boleh ambil gambar seperti mereka.

Share dari : Wanista