Neelofa Hijabista Pertama Hadiri Victoria’s Secret Show

Neelofa Hijabista Pertama Hadiri Victoria’s Secret Show

Artis

Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Neelofa antara hijabista paling berpengaruh di Malaysia. Sebelum ini, Neelofa dilantik menjadi duta jenama kosmetik antarabangsa Lancome.

Terbaru, Neelofa menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai semalam.

Neelofa turut kongsikan suasana dan kemeriahan pertunjukan fesyen itu di akaun Instagram miliknya.

 

Apa yang pasti, ramai yang nak tahu busana apa yang digayakan oleh Neelofa. Neelofa tampil anggun mengenakan gaun serba hitam dengan gaya tudung berbeza.

Bukan senang nak dapat jemputan khas ke pertunjukan fesyen gilang-gemilang tersebut. Boleh dikatakan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret merupakan antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.

 

 

Angeling around at the after party wit these peeps! 💕 #OPPOF5 #RedEdition #OPPOxVSFashionShow #CaptureTheRealYou

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Pertunjukan ini hanya dihadiri oleh jemputan khas sahaja dan Neelofa menghadiri acara itu sebagai duta telefon pintar Oppo.

 

The most diverse models line-up at this year’s show. #OPPOF5 #RedEdition #OPPOxVSFashionShow #CaptureTheRealYou

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Kongsi dari : Hanasuva