Nike Perkenal Hijab Khas Untuk Wanita Muslimah

Nike Perkenal Hijab Khas Untuk Wanita Muslimah

Tutorial Hijab

Baru-baru ini, jenama sukan terkenal dunia Nike mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslimah.

Hijab yang diberi nama “Nike Pro Hijab” itu mempunyai rekaan sarungan selapis yang diperbuat daripada fabrik poliester ringan dan didatangkan dalam rona gelap dan neutral.
 

Tiada lagi masalah berpeluh kerana lubang-lubang kecil pada fabrik tersebut membuatkan kepala rasa berangin yang merupakan satu ciri penting bagi wanita berhijab.

Idea untuk menghasilkan hijab tersebut tercetus selepas beberapa atlet wanita Muslim mengadu mereka terpaksa memakai hijab biasa ketika pertandingan.
 

Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah

Lebih menarik ia juga didatangkan dengan saiz XS/S dan M/L agar bersusuaian dengan saiz kepala si pemakai.

Mula dijual pada 1 Disember lalu, Nike Pro Hijab kini boleh didapati melalui talian dan juga seluruh cawangan Nike seluruh dunia.

KONGSI DARI : HANASUVA