Jika anda buntu untuk memadankan busana violet anda, mari Hijabista bantu anda dengan empat warna sempurna ini. Unconventional tetapi hasilnya pasti memuaskan hati anda.

 

Warna merah cherry yang lebih gelap ini cukup memberi compliment yang kontra kepada warna violet.Padankan dengan aksesori dan sepatu dari rona yang sama agar look anda lebih konsisten.

Jika anda ragu-ragu dan tidak berani untuk bermain warna, pilihan selamat adalah warna lilac yang berada dalam keluarga yang sama tetapi lebih lembut dan redup.

Keep it cool dengan dua warna ini; biru navy dan hijau mint bagi anda yang mahu kelihatan cool dancollected. Biru navy lebih sesuai untuk dijadikan bottom jika bahagian bawah anda lebih lebar. Namun, sebaliknya buat warna hijau mint.

Empat warna ini juga boleh anda buat pilihan hijab dan juga sepatu. Jangan terhadkannya hanya untuk busana sahaja. Selamat memadan! – hb