“Pakai tudung macam kopiah pun lawa memanjang Wawa Zainal ni”. 6 Selebriti Dengan Gaya Hijab Kegemaran! Cantik Teramat!

“Pakai tudung macam kopiah pun lawa memanjang Wawa Zainal ni”. 6 Selebriti Dengan Gaya Hijab Kegemaran! Cantik Teramat!

Artis, Tutorial Hijab

Lumrah seorang selebriti tak pernah lari dari gosip dan kecaman terutamanya. Sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi pada zaman sosial media, ramai selebriti dikecam teruk kerana gaya tudung yang dipakai. Bagi sis, bila seseorang itu memilih untuk berhijrah memakai tudung, itu merupakan satu langkah baik dimana ianya membawa kepada kebaikan. Kenapa kita nak pertikaikan GAYA tudung seseorang itu dengan cara yang menyakitkan? Bukankah menyakiti hati orang itu juga satu dosa? Ini hanya pandangan sis. Lain orang lain pandangan. Hidayah itu kan milik Allah 🙂

Nah, Ohfesyen tampilkan antara selebriti bertudung dengan gaya tudung kegemaran mereka!

BELLA DALLY

1 new 2

Instagram — @belladally

Antara gaya tudung yang sering Bella pakai. Menggunakan shawl dan menggayakan stail yang sangat ringkas, hanya dengan satu lilitan di leher. Bella Dally kelihatan kemas dan manis. Bawal ikat belakang juga adalah kegemaran Bella! 

ELFIRA LOY

2

Instagram — @elfiraloy

Elfira loy yang gemar menggayakan pelbagai jenis gaya tudung ini sebenarnya kreatif! Gaya tudung ini yang dipakai dengan earrings membuatkan El kelihatan elegan dan muda sesuai dengan umur sebenarnya. Muka kecil pakai apa pun cantik!

MIRA FILZAH

3

Instagram — @mfmirafilzah

Selebriti yang dikenali dengan gayanya yang sopan ini sering mendapat pujian dari netizen. Gaya Mira sebenarnya sangat ringkas, mudah dan kemas. Rata-rata gaya tudung yang dipakai menutupi bahagian dada. Alahai manisnya sis tengok. Jatuh cinta! 😍

WAWA ZAINAL 

4

Instagram — @w4w4_zainal

“Pakai tudung macam kopiah pun lawa memanjang wawa zainal ni” — netizen. Terkenal dengan gaya tudung “terkelepot”, bagi netizen, Wawa Zainal tetap kelihatan cantik walau apa jenis gaya tudung yang dipakai. Sis setuju! Wawa semakin pandai menggayakan tudung mengikut trend. Tahniah Wawa!

SARI YANTI

7

Instagram — @sariyanti

Sejak berkahwin dengan Jep Sepahtu, Si cantik manis Sari Yanti akhirnya mengenakan hijab, Alhamdulillah. Gaya tudung ringkas hanya lilit di atas kepala menggunakan shawl. Sesuai dengan karakter Sari yang lembut. Buat semua netizen cair tak move on 😍

ARDELL ARYANA

5

Instagram — @ardellaryana

Seorang lagi selebriti yang juga baru berhijrah bertudung! Pada mulanya Ardell memakai tudung bawal gaya ikat belakang, lama-kelamaan Ardell mengenakan shawl pula. Ini antara gaya tudung kegemaran Ardell yang sering kelihatan di laman instagramnya. Semoga sentiasa istiqomah! Cantik kan Ardell bertudung? 😍