Palet Pembayang Mata Paling Hangat 2017

Palet Pembayang Mata Paling Hangat 2017

Makeup

Melihat pada hasil rias di wajah Elfira Loy dan Mawar Rashid, ternyata yang palet pembayang mata inilah yang ramai wanita nantikan selama ini.

 

 

Urban Decay kali ini menambah lagi himpunan baharu bagi peminat pembayang mata daripada rangkaian Naked pabila tampil dengan palet Naked Heat, palet yang mampu merealisasikan solekan hangat semula jadi paling menyerlah musim ini.

 

“Secara jujurnya, saya sememangnya sukakan rona-rona nude dan natural. Ia merupakan warna pembayang mata yang saya suka gayakan kala ke mana sahaja. Palet Naked Heat yang hadir dengan 12 rona berbeza, masing-masing mudah untuk disebatikan bersama dan dari situ saya boleh bermain dengan pelbagai campuran rona yang saya sukakan,”kata Elfira mengenai palet terbaru dari Urban Decay ini.

Naked Heat

 

Ia terdiri daripada 12 jenis rona yang memberikan kehangatan pada solekan mata. Dari rona ekstra lembut merah-coklat pusam dan kilauan tembaga serta gangsa, palet ini mampu buatkan look anda pada siang hari lebih segar serta solekan berkabut (smokey) pada malam hari.

 

Antara rona semula jadi yang menjadi pilihan Urban Decay sendiri adalah warm burnt red, tembaga, siennas dan butterscotch. Rona-rona ini sangat sesuai untuk setiap jenis tona kulit yang sukakan aura kehangatan.

 

Yang istimewanya, Naked Heat dihasilkan dengan ciri-ciri  Pigment Infusion System, yang mana campuran bahan-bahan yang digunakan memberikan warna teksturnya yang lebih lembut, mewah dengan warna, daya tahan yang lebih lama dan mudah untuk disebatikan bersama dalam mendapatkan rias solekan sunset eye.

 

 

“Tekstur pembayang mata Naked Heat berpigmen tinggi dan ia sangat lembut apabila dioles pada permukaan kelopak mata. Yang paling penting, solekan mata akan lebih tahan lama sepanjang hari,”jelas Mawar Rashid.

 

Rona En Fuego juga merupakan rona merah pusam yang menjadi pilihan Urban Decay kerana ia ibarat magis apabila dioleskan pada kelopak mata. Warna Ember pula sesuai dalam merealisasikan solekan warm smokey eyes. Tidak dilupakan rona Scorched yang mana rona merah yang dicipta dengan kilauan emas mikro serta rona Dirty Talk iaitu warna merah hangat metalik.

 

Palet pembayang mata Naked Heat ini dilengkapi dengan cermin bersaiz penuh serta berus double-ended yang dihasilkan tinggi kualiti sama seperti UD Pro Brushes demi memudahkan penggunaannya biarpun dalam keadaan tergesa-gesa.

 

Untuk berikan solekan yang lebih seksi, calitkan juga koleksi kapsul Vice Lipstick edisi terhad yang hadir dalam tiga rona iaitu Fuel, Heat dan Scorched. Anda boleh perkemaskan solekan mata Naked Heat dengan pensel penggaris mata 24/7 Glide-On-Eye.

 

 

Kedua-duanya berinspirasikan daripada palet Naked Heat. Formula Vice Lipstick lebih berkrim yang mana teksturnya lembut pabila dipalitkan pada bibir sekaligus membuatkan bibir tampak lebih mungil dan seksi.

 

Dua rona pilihan 24/7 Glide-On Eye Pencil adalah Alkaline (merah wain) dan Torch (kuning coklat Sienna). Ia dicipta dengan ciri-ciri kalis air dan tekstur yang lembut kala digariskan pada sisi hujung kelopak mata.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Vice Lipstick Scorched