Pemilihan warna busana yang tepat amat penting bagi memastikan ratu sehari tampil cantik dan menawan. Pemilihan warna busana yang tidak sesuai dengan tona kulit boleh menenggelamkan seri pengantin seseorang wanita sekaligus penampilan tampak janggal dan tidak sesuai.

Oleh itu, entri kali ini berkongsikan tip dan panduan bagi memilih warna busana yang tepat mengikut tona kulit anda.

Tona Kulit Gelap

Cara untuk memadankan tona kulit dengan warna pakaian yang sesuai adalah seperti memadankan dua faktor yang bertentangan. Wanita yang berkulit gelap akan kelihatan menawan apabila memakai pakaian yang terdiri daripada warna terakhir daripada apa-apa spektrum warna, daripada warna pastel sehinggalah yang terang dan juga warna yang lebih pekat.

Warna-warna yang lebih hangat akan mengeluarkan aura yang mesra daripada tona kulit anda. Bayangkan warna ungu yang terang warna ungu diraja, sehinggalah warna ungu seperti buah plum dan terung; spektrum warna pink daripada warna pink pastel dan ballerina sehinggalah warna pink terang , warna kuning yang lembut, kuning diraja sehinggalah warna kuning pekat dan terang, dan juga warna emas, gangsa dan tembaga.

Wanita yang mempunyai tona kulit yang gelap juga boleh menggayakan warna putih, warna-warna dalam kategori oren dan merah dengan menawan sekali. Tona-tona warna ini akan membuatkan kulit mereka lebih menyerlah, menghangatkan kompleksi wajah mereka dan sememangnya membuatkan kulit mereka kelihatan hebat dan cantik.

Wanita yang berkulit gelap juga harus mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat, hitam, dan juga tona yang berada pada awal spektrum warna seperti biru, kelabu dan perak. Jika warna pakaian yang dipilih itu seakan-akan serupa dengan tona kulit mereka, rona pakaian yang dipakai akan menjadi seakan-akan tenggelam.

Warna-warna yang lebih sejuk adalah tidak sesuai dengan tona kulit yang gelap kerana ia boleh menjadikan tona kulit yang gelap menjadi kusam dan juga boleh membuatkan kulit anda kelihatan kekuning-kuningan yang akan menyebabkan anda kelihatan seperti sedang sakit.

Tona Kulit Sederhana

Pemadanan warna pakaian yang sesuai untuk menyerlahkan tona kulit anda adalah seperti memadankan perkara-perkara yang bertentangan. Anda tidak seharusnya memakai pakaian yang mempunyai sama tona warna dengan kulit anda, kerana ia akan membuatkan kulit anda kurang berseri.

Wanita yang mempunyai tona kulit yang sederhana sepatutnya mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat, kuning air, karamel, oren dan warna-warna pastel yang sangat pucat. Warna-warna pastel dan tona cerah adalah warna yang terlalu sejuk dan boleh membuat tona kulit anda kelihatan kusam. Warna kelabu adalah tidak sesuai dengan kompleksi kulit anda.

Sebagai ganti, anda perlu memilih warna-warna yang akan mengeluarkan aura mesra dan hangat daripada tona kulit anda. Pilihlah warna- warna yang lebih cerah, lebih mendalam dan tona-tona permata yang semestinya akan menyerlah di atas tona kulit anda. Tona-tona permata adalah warna yang dalam dan mewah, samalah seperti warna batu-batu permata seperti zamrud, delima, nilam dan amethyst.

Kategori warna biru, daripada biru laut kepada biru diraja adalah sangat sesuai untuk tona kulit yang sederhana. Warna pink gelap, pink cerah dan pink raspberi juga adalah pilihan yang bagus. Kategori warna merah dan hijau, serta rona ungu gelap juga sangat sesuai untuk menyerlahkan tona kulit anda.

Tona Kulit Cerah

Jika anda mempunyai tona kulit yang cerah, kulit anda mungkin akan mempunyai kompleksi yang hangat, tona berwarna pic (kebiasaannya bintik-bintik hitam, dan mempunyai rambut berwarna coklat, merah, coklat perang atau perang strawberi) ataupun tona kulit yang agak cerah (fikirkan Snow White atau Reese Witherspoon -yang tidak mempunyai warna lain pada pipi, dan mempunyai rambut berwarna perang abu, coklat pekat atau hitam). Anda perlu mempertimbangkan warna – warna halus pada kulit anda sebelum anda memadankan apa-apa warna pakaian.

Jadi, jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna – warna halus yang hangat, tona warna tanah akan nampak hebat pada kulit anda. Fikirkan apa-apa warna coklat (warna pink coklat juga boleh) dan apa-apa warna hijau – daripada zaitun sehingga warna rumput, zamrud dan limau. Warna gading, laut, dan kelabu juga akan nampak sangat cantik pada kulit anda – ia akan melengkapkan warna seakan-akan pic pada kulit anda.

Warna cerah daripada kategori merah dan oren (warna pic, aprikot, pink ros atau merah ros) akan juga menyerlahkan tona kulit anda. Semua ini adalah teknik untuk menyerlahkan warna-warna merah halus pada kulit anda.

Anda seharusnya mengelak daripada memakai pakaian berwarna terang dan neon kerana warna-warna ini akan kelihatan begitu kontra dengan tona kulit anda. Warna hitam adalah terlalu gelap dan kasar, putih adalah terlalu pucat dan membuatkan anda kelihatan seperti tidak sihat.

Jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna- warna halus yang sejuk dan nyaman, anda akan nampak hebat apabila menggayakan warna beri. Fikirkan warna strawberi atau merah pekat, pink raspberi, boysenberi dan ungu pekat. Ia mewujudkan kontra warna yang cantik pada kulit anda dan juga menyerlahkan warna pada pipi anda.Tona-tona permata juga boleh menyerlahkan tona  kulit anda. Pilihlah warna zamrud, biru kehijauan dan amethyst.

Untuk warna- warna metalik pula, anda harus mengelak daripada menggayakan warna perak dan sentiasalah memilih warna emas. Anda juga harus mengelak daripada memilih warna yang terlalu terang dan cerah. Warna putih akan membuat anda kelihatan pucat, warna hitam akan membawa aura gothic pada penampilan anda. warna neon, kuning dan ungu muda juga tidak akan membuat kulit anda kelihatan berseri dan menawan.