Perubahan Terkini Raja Ema Kepada Imej Bertudung Cetus Perhatian Netizen!

Perubahan Terkini Raja Ema Kepada Imej Bertudung Cetus Perhatian Netizen!

Artis

Siapa tidak kenal dengan pelakon Raja Ema yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman suatu ketika dulu kini telah tampil dengan imej bertudung. Perubahan terkini beliau telah mencetuskan tanda tanya peminat.
Menurut Ema, dia lebih selesa dianggap bertudung dari berhijab kerana berhijab punya kelebihan yang lain.
“Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan tertentu untuk mengubah imej, cuma sejak beberapa hari lalu saya tiba-tiba mahu mengenakan tudung. Mungkin sudah sampai masanya saya berubah, malah saya sendiri rasa selesa dengan bertudung.
“Saya begitupun kurang selesa apabila orang mengatakan saya berhijab. Bagi saya, hijab itu besar maknanya bagi seorang muslimah. Hijab pada pandangan saya bukan semata-mata menutup aurat, tetapi perlu menutup segala kecantikan kita, dalam dan luaran, daripada tatapan umum.

 

“Namun sebagai orang baharu, saya mahu membiasakan diri dengan bertudung terlebih dulu. Malah, saya sendiri tidak pandai mengikat tudung mengikut gaya hari ini. Apa yang saya pakai sekarang adalah berdasarkan keselesaan sendiri, tanpa ada sesiapa yang memberikan tunjuk ajar pun,” katanya.
Malah, Ema akui tidak bimbang jika rezeki beliau dalam dunia seni berkurangan dek imej bertudung. Malah, bagi dirinya rezeki itu milik Allah.
“Bagi saya, rezeki itu milik Allah dan saya sendiri turut melakukan persediaan lain. Sekarang ini pun alhamdulillah saya mempunyai punca pendapatan lain, iaitu perniagaan pakaian tidur.
“Begitupun menjadi harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya,” tambahnya lagi.
Apapun, semoga Ema terus istiqomah dengan apa yang dilakukannya kini. Pasti peminat menyukai dengan imej bertudungnya.
Share dari: http://www.sensasi.org/2016/08/perubahan-terkini-raja-ema-kepada-imej.html