5 Tips Pilih Tudung Kalau Tak Nak Emo Sepanjang Hari

5 Tips Pilih Tudung Kalau Tak Nak Emo Sepanjang Hari

OOTD, Out & About

Pelbagai jenis tudung boleh anda dapati di pasaran. Pilih sahaja mana satu gaya yang anda mahukan.

Tetapi, sebelum anda memilih satu tudung, anda perlu pastikan ia sesuai dengan anda. Kalau tidak, mulalah nak emo sepanjang hari.

Ini ada beberapa tip yang mahu Hijabista kongsikan bersama anda semua.

1. Jenis Kain

 Pilih tudung yang diperbuat daripada kain kapas dan chiffon kerana ia selesa dipakai dan berupaya menyerap peluh.

2. Rekaan Tudung

 

 

Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya.

 

3. Corak Yang Sesuai

Being honest is powerful. #azflamingdream

A post shared by Nur Sarah Marie Hildebrand (@sarahhildebrand) on

 

Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Tudung polos sesuai dipadakan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak.

 

4. Warna Tudung

 

Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya. Wanita berkulit putih pula sebaiknya elakkan daripada memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia akan buat anda tampak lebih pucat.

 

5. Perwatakan Individu

Tahukah anda bahawa perwatakan anda juga boleh mempengaruhi gaya pemilihan tudung yang sesuai. Wanita yang berperwatakan ceria sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna cerah dengan rekaan polos atau kurang bercorak.

Kongsi dari : Hijabista