Rules Berfesyen Tanpa Keluar Duit Yang Banyak!

Rules Berfesyen Tanpa Keluar Duit Yang Banyak!

Artis, OOTD, Out & About

Rules Berfesyen Tanpa Keluar Duit Yang Banyak!

Tahun 2017 mungkin tidak sesuai lagi untuk berfesyen meriah a.k.a sarat dengan aksesori melampau. Jika anda inginkan gaya tidak nampak tua, cukup kekalkan dengan gaya minimal dan ringkas. Penampilan sebegitu memberi gaya cantik sepanjang zaman, sama seperti ikon fesyen Audrey Hepburn yang sentiasa kelihatan ringkas tapi classy.

Audrey Hepburn. Foto – Magazine Horse

Sebenarnya jika bergaya ringkas ini anda tidak perlu keluar bajet yang besar. Kena bijak untuk padanan top & bottom sahaja! Ilmu yang paling penting untuk bergaya dengan pakaian yang sedia ada ialah kreativiti. Setiap bulan pasti ada sahaja trend fesyen bertukar, jadi tak mungkin anda sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan item trend. Boleh kering kocek dibuatnya.

Ramai yang beranggapan aksesori mewah pelengkap fesyen sejati, silap! 

Elfira Loy. Foto – Instagram

Nasihat Wanista, pastikan anda sentiasa mengemaskini almari anda untuk tahu apa yang masih boleh diguna atau pakaian yang masih relevan digayakan. Selain itu, asingkan pakaian anda mengikut warna, fabrik atau potongan pakaian. Biar selepas ini anda lebih mudah cari padanan untuk gaya mix&match. Tapi jangan lupa untuk arifkan diri anda tentang kombinasi palet warna dan mainan corak. 

Blake Lively. Foto – The Gazette Review

 Jangan lupa pada wajah anda, penarik daya mata yang lain untuk melihat anda sebagai seorang pencinta fesyen. Wajah pucat ketika keluar rumah memang mengundang 1001 kekeliruan, tubuh badan dah dibaluti gaya paling top tapi muka dah kenapa pula tak bermaya? Pastikan anda bersolek ringkas dengan acuan less than three, maksudnya anda jangan melebih-lebih menggunakan teknik solekan. Cukup pada bahagian mata, pipi dan bibir. 

Dakota Johnson. Foto – Pinterest.com

Rajinkan diri untuk membaca artikel-artikel fesyen semestinya dari Wanista dan explore diri anda tentang banyak lagi mengenai tentang pakaian, solekan..jangan terlalu ikut orang, cari identiti anda sendiri untuk tampil selesa mengikut bajet kewangan anda! 

Share dari : Wanista