Rupanya 3 Benda Yang Kita Sering Buat Ini Boleh Merosakkan Bibir! Ikuti Tips Mudah Atasi Bibir Merekah

Rupanya 3 Benda Yang Kita Sering Buat Ini Boleh Merosakkan Bibir! Ikuti Tips Mudah Atasi Bibir Merekah

Kecantikan

Gemar berkongsi tentang kecantikan di laman Twitter, seorang pengguna twitter sering meraih banyak Retweet tentang topik kecantikan yang dia kongsikan.

Baru-baru ini @MaisarahMahmud berkongsi tips asas bagaimana untuk mengelakkan dari bibir merekah dan cara untuk mengatasinya. Dipetik dari laman Twitternya, Ohfesyen kongsikan rahsia bibir cantik tanpa merekah!

3 Perkara Yang Kamu Patut Dielak

#1  Elak menggunakan balsem bibir (lip balm)

– Balsem bibir Mentholatum boleh merawat bibir yang luka akibat merekah. Bagus untuk jangka masa pendek, tetapi ia tidak akan membantu menyembuhkan bibir.

3-5g-mentholatum-lip-ice-strawberry-spf-15-lip-balm-rehabsupply-1608-27-rehabsupply@28

#2  Elak menjilat & menggigit bibir.

– Menjilat bibir akan menyebabkan bibir kering dan merekah. Walaupun ia mungkin kelihatan membantu mengekalkan hidrasi, ia sebenarnya mengeringkan bibir.

exfoliatng-lips

 

#3 Elakkan mengopek bibir.

– Mengopek bibir akan menyebabkan luka kecil, pendarahan dan bengkak. Perkara ini akan menyebabkan bibir kamu yang merekah itu lebih sukar untuk sembuh.

DVwSi4mVoAAo59V

 

 

Tips Asas Atasi Bibir Merekah

#1  Sapu balsem bibir untuk menyembuh dan mengelak dari bibir merekah. Balsem bibir juga membantu untuk melembap dan melindungi bibir kamu dari iritasi.

Cari balsem bibir yang mengandungi beeswax, petroleum, dimethicone.

Recommended lip balm!

collage

#2  Gunakan jeli petroleum. Jeli petroleum juga boleh membantu melindungi dari matahari, yang boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Sapu jeli petroleum sebelum kamu tidur. Lakukan pada setiap malam.

Recommended petroleum jelly!

800

#3  Sapukan pelembap. Pelembap akan membantu bibir kamu kekal terhidrasi dan menyerap kelembapan lebih mudah. Pelembap adalah bahagian penting untuk mengekalkan bibir kamu terhidrasi.

Cari pelembap yang mengandungi bahan-bahan seperti ini – Shea butter, Emu butter, Vitamin E Oil, Coconut Oil

#4  Skrub kulit mati pada bibir. Pengelupasan kulit adalah langkah pertama bagi mengelak bibir merekah. Sapukan skrub bibir & gosok dengan perlahan. Lakukan 4-5 kali seminggu.

 Recommended lip scrub!800 2

#5  Sapukan lip mask

Suggestion of lip mask : (this is the only one I know ) trial size RM20+ Hermo

800 3

#6  Guna balsem bibir yang mengandungi SPF. Ramai yang mungkin terlupa bahawa bibir mereka terdedah kepada kerosakan matahari. Pastikan kamu guna perlindungan matahari di bibir kamu. Contohnya balsem bibir yang mengandungi zink.

Recommended !

800 4

Sumber : twitter (@MaisarahMahmud )