Rutin Kecantikan Harian Neelofa Yang Boleh Anda Amalkan

Rutin Kecantikan Harian Neelofa Yang Boleh Anda Amalkan

Artis, Kecantikan

Orangnya manis dan jelita. Ingin ketahui cara cantik yang Neelofa amalkan? Baca lanjut di rencana ini.

 

NEELOFA-2

Gambar: Arkib EH!
 

Gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin soal kecantikan dan kesihatan, maka tidak hairan jika dia memiliki jenama produk makanan tambahan sendiri. Kulitnya yang halus mulus semula jadi buatkan ramai wanita yang mencemburuinya.

 

Jika anda tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan yang Neelofa amalkan, EH! secara eksklusifnya menemu ramah Neelofa perihal rutin kecantikannya.

 

Rahsia anda untuk kekal tampak muda?

Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Saya amalkannya sejak 2009 dan waktu itu saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, anda akan rasa bahawa air kosong itu sangat refreshing. Jika anda baca tentang air dan tenaga yang ada di dalamnya pasti anda terkejut. Sebab itu kita semua kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari kerana air itu sendiri beri tenaga pada kita. Nasihat saya, banyakkan minum air kosong dan lupakan air minuman yang manis-manis.

 

Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut?

Mungkin ada sebarang petua tradisi? Saya tidak mempunyai masa untuk ke salun jadi saya akan membeli produk yang bagus untuk rambut. Saya juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

 

Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Saya menggunakan banyak alat solek, jadi saya memastikan setiap kali habis kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya juga mengambil supplement.

 

Selain menggunakan produk tertentu, apa lagi yang anda lakukan demi memastikan kulit anda kekal sihat dan tampak segar?

Saya akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy) di Shah Alam. Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk. Kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

 

Bagaimana pula dengan senaman? Senaman apa yang anda lakukan? Dan sekerap mana?

Selain bersenam di gim, saya suka bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Kongsi dari : EH!