Segalanya Yang Perlu Kamu Tahu Mengenai Pembayang Pipi

Segalanya Yang Perlu Kamu Tahu Mengenai Pembayang Pipi

Makeup

Setiap Wanita Harus Miliki Dua Rona Pembayang Pipi: Yang Semula Jadi Dan Yang Terang. Turuti Panduan Ini Untuk Cipta Kemekaran Wajah Yang Sihat Dan Berseri.

 

shutterstock_652020337a

Foto: Shutterstock.com

Cara Tepat Adun Pembayang Pipi

1.Mulakan dengan pembayang jenis bronzer atau tona yang lebih kecoklatan pada atas tulang pipi. Layangkan hingga ke garisan rambut atas telinga.

2. Kemudian senyum dan layangkan pula pembayang rona merah samar pada bonjolan yang terbentuk di pipimu secara memutar.

3. Untuk kemasan yang seksi, pedapkan sedikit pembayang bersinar atau highlighter jenis krim pada sudut luar tulang kening hingga betul-betul atas tulang pipi untuk serlahkan bahagian wajah tersebut.

4. Agar tak nampak berbelak, sebagai langkah terakhir, layangkan berus untuk adun warna.

 

Asas Pembayang

1.Jika kamu gunakan bedak asas jenis padat, guna juga pembayang dari jenis yang sama. Dan jika kamu guna bedak asas cecair atau krim, pilih juga pembayang krim atau cecair. Teksturnya yang sama mampu beri hasil terbaik.

2. Kulit yang cerah tampak cantik mekar dengan rona ros atau pastel, kulit sawo matang bolehlah memilih rona pic atau merah samar kecoklatan, sementara kamu yang berkulit gelap lebih manis dengan rona merah atau gangsa.

3. Sapukan warna tersebut sedikit demi sedikit. Jika tak cukup boleh tambah lagi, tapi jangan risau kalau dah terlebih. Tutup saja dengan bedak debu.

4. Untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi, sebaiknya elak pembayang yang terlalu bersinar dan pilih dari jenis debu atau padat. Kamu yang berkulit kering dan inginkan efek lembut bercahaya, tekstur krim adalah pilihan terbaik untuk kamu.

 

Jenis-jenis Pembayang

1.Padat – pembayang jenis padat atau ‘rouge’ adalah yang paling biasa dan mudah dipakai. Boleh diaplikasi selepas bedak asas mahupun bedak debu. Sebaiknya jangan terus sapu terlalu terang tetapi layangkan beberapa kali supaya sekata.

2. Krim – ia bagus jika kamu mahukan efek sedikit berkilauan namun semula jadi. Sapu selepas bedak asas atau pelembap dan pastikan kamu touch-up menjelang tengah hari kerana ia mudah hilang. Jika kamu dapati pembayangmu langsung tak lekat, tukar kepada yang berumusan bebas minyak.

3. Cecair – hasilnya lebih kurang sama dengan jenis krim tetapi lebih tipis, namun ia bertahan lebih lama (adun betul-betul). Sapu pada kulit bersih tanpa solekan dan ia sempurna jika kamu inginkan gaya semula jadi dan segar – terutamanya bila ada barbeku atau piknik.

4. Mineral – selalunya ia hadir dalam bentuk debu dengan sedikit sinar, jadi pastikan kamu ‘ketuk’ berus sebelum disapukan ke kulit. Gandingkan dengan riasan matte pada bahagian lain wajah.

5. Cushion – ini trend terbaru dan semakin popular. Kamu hanya perlu pedap pada pipi seperti memakai cushion wajah. Ia mempunyai formula airy yang menjadikan kulit terasa sejuk dan terhidrat, memberi penampilan dewy serta semula jadi.

 

Cara Tepat Adun Pembayang Pipi

1.Mulakan dengan pembayang jenis bronzer atau tona yang lebih kecoklatan pada atas tulang pipi. Layangkan hingga ke garisan rambut atas telinga.

2. Kemudian senyum dan layangkan pula pembayang rona merah samar pada bonjolan yang terbentuk di pipimu secara memutar.

3. Untuk kemasan yang seksi, pedapkan sedikit pembayang bersinar atau highlighter jenis krim pada sudut luar tulang kening hingga betul-betul atas tulang pipi untuk serlahkan bahagian wajah tersebut.

4. Agar tak nampak berbelak, sebagai langkah terakhir, layangkan berus untuk adun warna.

 

Kongsi dari : Cosmopolitan