Selain Untuk Bibir, Ini Kegunaan Lain Lip Gloss

Selain Untuk Bibir, Ini Kegunaan Lain Lip Gloss

Makeup

Selain Untuk Bibir, Ini Kegunaan Lain Lip Gloss

Jika anda lahir sekitar tahun 90-an hingga awal tahun 2000, anda pasti kenal benar dengan Lip Gloss atau dalam Bahasa Melayunya digelar sebagai Pengilat Bibir.


Sumber; Pinterest

Pengilat bibir adalah salah satu keperluan wajib yang digilai ramai remaja waktu itu, dimanfaatkan untuk mendapatkan hasil solekan bibir berkilau seperti yang sering ditampilkan selebriti popular Paris Hilton dan Mariah Carey.


Sumber -Pinterest

Terdapat dalam formula cecair likat jernih dan juga berwarna, siapa sangka sebenarnya kita boleh manfaatkan lip gloss untuk kegunaan lain selain daripada pengilat bibir semata-mata.

Ini cadangan Wanista!

#1 Perapi Kening


Sumber: Watsons

Kening berserabut tapi tak mahu cukur? Cara terbaik untuk rapikan kening anda supaya tampak sempurna dan tersusun adalah dengan menyapu pengiat bibir jernih keatasnya. Tak perlu beli yang mahal, cuba dapatkan Essence XXL Shine Lipgloss (RM10.90) ini di mana-mana cawangan Watsons.

#2 Glossy Eye Look!


Sumber: Youtube

Hello! Gaya solekan mata glossy ini hanya untuk mereka yang berani sahaja okay! Memang sedang on-trend ketika ini, terpulang kepada anda sama ada mahu mencubanya atau tidak. Apa yang pasti, solekan mata cara ini sangat menarik dan buat anda kelihatan seperti runway model!

Tutorial Glossy Eye Look!

#3 Jadi Highlighter!


Sumber: thegloss.com

Tak ada Marry Lou Manizer? It’s okay! Selagi anda ada pengilat bibir, semua pun boleh jadi. Untuk menampakkan wajah anda lebih berdimensi dan memiliki bentuk yang lebih runcing, boleh sapu sedikit cecair pengilat bibiur pada bahagian atas tulang pipi, tulang kening, batang hidung dan perincian atas bibir (cupid’s bow).

#4 Buat Gincu Baru?

Terdesak hendak warna gincu yang padan dengan warna baju? Usah risau. Untuk tidak membazirkan duit anda bagi membeli ggincu baharu, dengan mudah anda boleh mencampurkan pengilat bibir dengan serbuk pembayang mata (eyeshadow) bagi menghasilkan gincu warna pilihan!


Sumber: glossybox.co.uk

Kikis sedikit pembayang mata berwarna pilihan kemudian titiskan cecair pengilat bibir sebelum mencampurkannya lalu dioles ke bibir seperti gincu biasa. Siap!

P/s: Selena Gomez pun tampilkan solekan bibir yang dioles dengan pengilat bibir dalam video audio single terbaharunya, Fetish.

Selamat mencuba!

Share dari https://www.wanista.com/2017/135646/selain-untuk-bibir-ini-kegunaan-lain-lip-gloss/