Selebriti Bollywood Tampil Etnik Pada Sambutan Diwali Tahun Ini

Selebriti Bollywood Tampil Etnik Pada Sambutan Diwali Tahun Ini

Artis, OOTD

Bintang Bollywood ternama ini memilih untuk tampil serba etnik kala sambutan hari Diwali semalam.

13

Gambar : Sumber Google

Acara penganugerahan, majlis perkahwinan, sambutan hari Diwali, bumi Bollywood sarat dengan acara yang perlukan stail yang glamor pada tahun ini.

 

Sementara sesetengah orang memilih untuk tampil dengan kain tradisional, manakala yang lain lebih terjerumus untuk bereksperimentasi. Dari masa lampau ke edgy, keindahan Bollywood telah merangkumi spektrum gaya pabila menyentuh soal pakaian tradisional tahun ini.

 

EH! kongsikan beberapa gambar heroin Bollywood yang tampil dengan look etnik pada tahun ini.

Kareena Kapoor Khan

combine-kareena-kapoor

Ratu Bollywood ini tidak pernah gagal dalam mengagumkan peminatnya dengan gayanya yang cantik dan elegan. Kareena atau lebih dikenali dengan panggilan Bebo tampil penuh keyakinan dalam kurta high-neck berona peach berserta sepasang anting-anting mutiara. Dia melengkapkan gayanya dengan rambut bun serta solekan smokey-eyes.

Deepika Padukone

deepika-full-mos-story_101717054553

Pabila menyentuh soal look etnik yang paling membanggakan, satu nama yang akan serta merta timbul adalah Deepika Padukone. Aktres ini baru-baru ini menghadiri sebuah majlis dengan penampilan etnik yang cukup elegan dan memikat hati ramai. Sempena bulan perayaan Diwali ini, dia memilih untuk mengenakan saree berona merah silk berserta blouse. Saree tersebut digayakan dengan rantai, anting-anting dan gelang tangan emas. Melengkapkan gayanya, Deepika menambah gincu berona nude dan berambut bun lembut

Sonam Kapoor

combine-sonam-kapoor

Sonam Kapoor terkenal sebagai ikon stail dengan satu sebab. Dengan deria fesyennya yang sempurna dan bercitarasa yang unik dalam penampilan, diva ini pastinya seakan menjadi satu trendsetter dalam generasi terkini. Sonam berkongsi gambarnya di Instagram di mana dia menggayakan lehenga berona off-white dengan bermotifkan rona keemasan. Rambutnya didandan bun rendah, dia melengkapkan look bersama maang tika tradisional emas dan coker.

Malaika Arora

combine-malaika-arora

Model bertukar aktres, Malaika Arora semestinya seorang hotties yang cukup glamor di dunia Bollywood. Bintang yang pastinya menjadi fitness goals untuk semua ibu-ibu ini, sering membanjiri laman sosialnya dengan gambar-gambar yang cukup buat ramai tidak senang duduk. Menerusi gambar yang dikongsikan ini, diva ini mengenakan look tradisional di dalam Anarkali berona ungu dengan percikan emas. Dia menyarung dupatta multi-colored yang terletak elegan di bahagian bahunya.

Karisma Kapoor

karisma-kapoor

Dengan wajah yang cantik, senyuman manis dan figura tubuh yang terjaga langsing, Karisma Kapoor mampu kelihatan seakan a million bucks setiap kali dia melangkah keluar. Dia tidak pernah kelihatan tidak cantik atau pun tidak glamor. Karisma atau nama panggilannya, Lolo menggayakan persalinan sari moden berona metalik menerusi gambar di atas.

Twinkle Khanna

combine-Twinkle-Khanna

Twinkle Khanna nyata menjadi inspirasi fesyen. Ketika suaminya, Akshay Kumar dianugerahkan dengan National Award awal tahun ini, dia mengambil keputusan untuk tampil dengan persalinan serba tradisional untuk majlis dengan memilih saree rona ungu cerah dan merah jambu serta garis-garis emas melintasi panjang dan lebar kain tersebut. Dia menambah gaya dalam penampilan itu dengan sepasang aviator dan jhumkas emas.

kongsi dari : EH!