Selebriti Popular Hollywood Yang Pernah Menjadi Golongan Gelandangan

Selebriti Popular Hollywood Yang Pernah Menjadi Golongan Gelandangan

Out & About

Jika sekarang kita lihat mereka cukup berjaya dalam kehidupan dan karier, sebenarnya sebelum kejayaan hari ini mereka pernah hidup dalam kesusahan bergelar gelandangan.

collage

Gambar : Sumber Google
 

Jadi jangan kita pernah hina orang golongan gelandangan. Mereka menjadi homeless bukan kerana memilih sedemikian, sebaliknya setiap dari mereka punya kisah perit hidup yang tidak ramai yang tahu dan faham.

 

Dikatakan, jumlah gelandangan di Amerika Syarikat meningkat setiap tahun atas sebab kekurangan peluang pekerjaan. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan di sana mengambil inisiatif dengan menyediakan rumah tumpangan untuk golongan gelandangan.

 

Pernah anda tahu bahawa ada di antara selebriti Hollywood yang pernah melalui kehidupan sebagai homeless sebelum ini? Nasib dan masa depan seseorang tiada siapa yang tahu dan kini mereka merupakan antara selebriti terkaya di dunia.

 

Jim Carrey

jim-carrey-interview-meaningless-event-harpar-bazaar-fashion-show-nyfw

 

Jim berhenti bersekolah dan tinggal di dalam mini van bersama keluarganya dan bermalam di setiap lokasi berbeza di seluruh Kanada. Mereka kemudian membina sebuah khemah di ladang ibu saudaranya dan Jim menghiburkan keluarganya dengan lawak jenaka sepanjang kehidupan gelandangan. Pasa satu malam, Jim pernah berjanji pada dirinya yang dia mahu menjadi seorang yang kaya dan boleh membantu keluarganya. So he made it!

 

Halle Berry

Halle-Berry-2017-Oscars

Ketika Halle berpindah ke Chicago untuk menjadi pelakon, dia kehabisan duit dan terpaksa menginap di rumah gelandangan beberapa tahun. “Kepayahan itu mengajar saya untuk berdikari dan berusaha lebih dalam mengejar cita-cita.” Pendapatan tahunan Halle kini mencecah 80 juta dolar dengan $USD14 juta untuk setiap tawaran lakonan.

 

Daniel Craig

omega_daniel_craig_-_publicity_-_h_2017

Bintang James Bond ini pernah melalui zaman kesukaran ketika mula-mula bergelar pelakon pabila dia tidak mempunyai tempat tinggal dan tidur di bangku taman di sekitar London. Hard work paid off! Untuk filem Skyfall, Daniel menerima bayaran sebanyak $USD17juta dan dia berehat selama dua tahun selepas itu.

 

Jewel

Jewel

 

Semuanya bermula selepas Jewel dibuang kerja kerana tidak mahu menurut permintaan majikan yang mahu menidurinya. Jewel tidak bekerja selepas itu dan terpaksa keluar daripada rumah sewanya. Dia kemudian tinggal di dalam kereta. Malang sekali apabila Jewel menghidap sakit buah pinggang dan tidak mampu bekerja dan pernah hampir mati kesakitan dalam kereta. Dia kemudian menjadi penyanyi dan kini merupakan antara penyanyi terkaya di Hollywood.

 

Jennifer Lopez

jennifer_lopez_2017_hot_4k-wide

 

JLo dihalau keluar rumah oleh ibunya ketika berusia 18 tahun kerana tidak mahu ke kolej. Dia kemudian menetap di studio tarian tempatnya bekerja dan tidur di atas sofa untuk beberapa bulan sebelum menerima tawaran menari di Eropah.

 

Hilary Swank

Hilary-Swank-Net-Worth-777x437

 

Pemenang trofi Grammys untuk dua kali ini membesar di kawasan perumahan lori trak. Dia dan ibunya kemudian berpindah ke California ketika remaja untuk mencuba bakat sebagai pelakon. Sepanjang tempoh beberapa tahun itu, mereka tidur di dalam kereta dan tinggal di rumah kosong. Hillary muncul pertama kali sebagai watak pembantu dalam filem Buffy the Vampire Slayer sebelum menerima tawaran lumayan untuk watak utama dalam The Next Karate Kid pada tahun 1994.

 

Chris Pratt

4c549ab0fcaac8fa3821114263e2989a

Chris pernah tinggal di dalam van miliknya beberapa tahun di pantai Maui, Hawaii ketika remaja. Kehidupan dia ketika itu hanya makan, minum dan memancing sebelum dia didatangi pelakon Rae Dawn Chong. Rae kemudian membawa Chris ke Los Angeles untuk menjadi pelakon dan selebihnya dalam sejarah.

 

Kongsi dari : EH!