Seluar ‘Peha Ayam Goreng’ Kini Trending!

Seluar ‘Peha Ayam Goreng’ Kini Trending!

Out & About

FESYEN seluar ‘peha ayam goreng’ kini menjadi trend di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Seluar berkenaan dijual Ia dijual di Jepun oleh kedai e-dagang Rakuten pada harga RM347.

Jualan seluar ayam goreng itu bak `goreng pisang panas’ kerana ia mendapat sambutan.

Kainnya tidak mudah kedut dan selesa dipakai. Ia juga panjang hingga ke paras buku lali.

 

fried-chicken-drumstick-pants-rakuten-9-59d4824a60ecf__700

 

Seorang pengguna twitter, k-kazu-magi telah terjumpa seluar yang berwarna oren itu dan kemudiannya memuatnaik dalam twitter. Tanpa disangkanya, entri berkenaan memperolehi lebih 60,000 ‘liked’.

“Apa yang saya fikirkan ketika melihat seluar ini… ialah KFC,” demikian tulis k-kazu-magi.

Ada juga pengguna twitter memberitahu mereka tidak dapat menahan ketawa melihat seluar seperti paha ayam goreng itu. 

Kongsi dari : Mynewshub