Senarai Gaun Cinderella Selebriti Yang Tidak Mungkin Dapat Dilupakan…

Senarai Gaun Cinderella Selebriti Yang Tidak Mungkin Dapat Dilupakan…

Artis, OOTD, Wedding

Senarai Gaun Cinderella Selebriti Yang Tidak Mungkin Dapat Dilupakan…

Sebut sahaja Cinderella pasti kita terbayang tentang cerita seorang gadis yang sering dibuli oleh ibu dan kakak-kakak tirinya. Gadis malang itu kemudian dibantu oleh pari-pari untuk bersiap ke majlis tari menari putera raja di istana. Pari-pari yang baik hati itu menggunakan magis memberi sebuah gaun indah biru lembut kepada Cinderella.

Iya, gaun biru itu sehingga kini menjadi gaun ikonik dan impian pada setiap gadis seluruh dunia. Gaun kembang dengan sedikit sinaran membuat semua tetamu di majlis tari menari terpaku melihat di Cinderella. Siapa tak suka tumpuan kan?! 


Filem Cinderella 2015 lakonan Lily James. Foto – Pinterest

Pada anda yang juga berangan-angan untuk mendapatkan satu koleksi gaun bak Cinderella pasti tidak putus asa untuk mencari inspirasi. Wanista kongsikan 8 busana bak Cinderella dari para selebriti yang berjaya membawakannya…

#1 Lily James

Ini dia bintang yang membawakan watak Cinderella paling terkesan dalam hati penonton. Biarpun bukan dengan gaun kembang seperti didalam filem. Lily tetap kekal anggun dalam gaun biru lembut rekaan Prada. Gaun dengan potongan leher V dan tiada lengan ini memberi lookberbeza, Cinderella seksi! Warna biru lembut gaun ini masih lagi menyebabkan mata yang melihat Lily berfikir…iya dialah Cinderella itu! 


Foto – Wire Image

Foto – Daily Mail

Foto – Pinterest

#2 Nur Fazura

Sempena watak Fazura dalam drama terbaharu miliknya, Hero Seorang Cinderella, Fazura mendapatkan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini dalam menghasilkan gaun inspirasi dari Cinderella. Walaupun ia bukan gaun kembang biasa, namun aura Cinderella Fazura dapat dirasai pada setiap mata yang memandangnya. Cukup hebat pereka Rizman Ruzaini menambah perincian dibahagian baju gaun yang lain dari yang lain. Tak perlu cakap banyak lagi, Fazura memang stunning dalam gaun ini!


Foto – Instagram Rizman Ruzaini

Foto – Instagram Rizman Ruzaini

#3 Kate Middleton

Apabila melihat si puteri ini didalam gaun lembut biru ini seperti Cinderella dalam Dewi Greek pula. Baju dari pereka fesyen British Jenny Packham terletak lembut ditubuh Kate. Kemasan dibahagian pinggang dengan butiran perak membuat gaun tampak lebih elegan. Gaun labuh ini sememangya tidak keterlaluan dan tidak ada kurangnya. Cukup dengan gaya si puteri ini menghidupkan biru lembut karakter Cinderella. 


Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

#4 Elle Fanning

Namanya si Puteri Aurora dari Maleficent ini juga mampu membawa aura Cinderella dari Sleeping Beauty! Lihat Elle yang cukup anggun dalam gaun malam Miu Miu di majlis fesyen Met Gala 2017. Gaun ini amat sesuai dengan gaya Elle yang sinonim dengan gaya ringkas dan chic remaja. Membawa gelaran ‘puteri’ Elle tampil dengan cekak kepala sebagai pelengkap gaya malamnya. Cantik sangat! 


Foto – Google

Foto – celebzz.com

Foto – eonline.com

#5 Blake Lively 

Siapa tidak kenal dengan isteri kepada aktor kacak Ryan Reynolds ini. Blake Lively tidak asing lagi membawa gaya fesyen yang sering mendapat perhatian dunia. Pada Festival Filem Cannes 2016, Blake membawa rekaan Vivienne Westwood Couture iaitu gaun kembang bertingkat biru lembut. Berbeza dengan gaun kembang yang lain, Blake memilih kain bertingkat untuk tampak tidak bosan dan perincian bunga dibahagian dada dan belakang gaun. Seperti biasa, ikatan reben dibelakang wajib pada setiap gaun seorang Cinderella. 


Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

#6 Asyallie

Busana yang direka oleh Leeyana Rahman ini pernah menjadi viral, sekaligus membuat ramai bakal pengantin di Malaysia khususnya yang berhijab menjadikan ia sebagai idea untuk gaun perkahwinan mereka.  Gaun ini kalau dilihat dapat memberi dua look yang berbeza dengan penambahan layah belakang gaun. Apa yang lebih menarik perhatian, apabila model yang mengayakannya Asyallie ketika itu persis si puteri.


Foto – Google

Foto – Google

#7 Aishwarya Rai

Aktres Bollywood ini membuat kejutan dengan menghadiri karpet merah Festival Filem Cannes baru ini dengan gaun kembang renda biru lembut. Perhatikan jurugambar dibelakang Aishwarya semua terpegun dengan pembawakan gaun ini. Gaun sendat dibahagian atas ini nampak berat, namun Aishwarya tampak senang mengayakannya. Rasa tak puas tengok si jelita ini didalam gaun rekaan Michael Cinco. 


Foto – WireImage

Foto – Kamdora

Foto – WireImage

#8 Claire Danes

Ingat lagi tak gaun Claire Danes yang pernah mengegarkan dunia apabila bercahaya didalam gelap. Gaun ini diantara kegemaran setiap gadis untuk dipakai sekurang-kurang sekali. Gaun kembang dari Zac Posen ini menggunakan fabrik organza dan diletakkan 30 bateri disebalik lapisan fabrik untuk teknik pencahayaan. Jangan ingat ibu kepada dua anak ini tidak dapat membawa aura Cinderella, mata pun tidak mahu berkelip bila melihat gaun Claire. 


Foto – Google

Foto – The Knot News

Foto – Google

Foto – Google

Apa yang menjadi kunci utama dalam mendapatkan mood Cinderella ialah warna biru lembut pada gaun anda itu. Lembut dan sedap mata memandang, rekaan gaun pula tidak perlu melebih-lebih cukup dengan gaun labuh atau kembang. Siap untuk jadi Cinderella! 

Share dari : Wanista