Sepatu Raya Yang Patut Kamu Miliki Selain Tumit Tinggi !

Sepatu Raya Yang Patut Kamu Miliki Selain Tumit Tinggi !

OOTD

VS

Kasut tumit tinggi memang lazim pabila tiba musim perayaan. Para wanita lebih gemar mengenakan kasut tumit tinggi kerana kelihatan lebih anggun tatkala bergaya di hari raya. Ada juga mengatakan kasut tumit tinggi sebenarnya memberi mereka keyakinan lebih tinggi berbanding pemakaian kasut yang tiada tumit. Kak Diva tidak menafikan yang pemakaian kasut tumit tinggi kelihatan lebih anggun dan bergaya. Dalam sedar tak sedar, dibuai mimpi indah memikirkan diri sedang bergaya dengan kasut tumit tinggi, pasti akan berasa WOWnya! Hot-nya i pakai heels macam ni, kalau boleh nk pakai 10 inci. Sebenarnya kasut tumit tinggi ni boleh memberi kesan buruk kepada keihatan tubuh badan kita ya.

Antara penyakit yang disebabkan tumit tinggi ni adalah pemakaian yang lebih lama menjurus kepada masalah belakang, tulang pinggul dan kecing tidak lawas. Selain itu, pengaliran darah pada kaki juga terganggu dan mendorong kepada penyakit Neuroma. Paling ketara adalah buku lali mudah terseliuh akibat hilang keseimbangan badan

Apa kata korang tukar sikit gaya Raya korang pada tahun ini? Jom kita tengok apa OHFESYEN sediakan dalam topik kasut raya 

11

Instagram : @rafidaaaaaaaah

Lihat saja model dalam gambar tersebut menggayakan slip-on sandal bersama busana Raya daripada Lilypetuna. Bukan sahaja mudah tatkala beraya, malah mengikut perkembangan fesyen terkini tau! Yes, slip-on sandal seperti model tersebut pakai merupakan trend terkini yang menjadi kegemaran wanita pada semua peringkat usia. Selesa dan sesuai dipakai kemana saja. Maju lah sikit, sampai bila nak pakai tumit tinggi jer. Hiks

 

15

 

2 800

Instagram : @rafidaaaaaaaah

 

Ini juga boleh dipanggil slip-on shoes. Cuma apa yang membezakannya adalah kasut sarung ini lebih kepada ala-ala flat shoes. Ada juga yang bertumit tetapi tidak terlalu tinggi. Jadi, tak ada lah sakit kaki tu nak pergi beraya. Dah cecantik tiba-tiba kaki pula melecet. Alaa spoil betul mood nak beraya. Betul tak?

Korang tengok dekat gambar bawah ni merupakan contoh-contoh kasut yang tidak bertumit/tumit rendah tetapi masih sesuai dan fashionable untuk disarung kala beraya! Mungkin ada yang tidak berkemampuan untuk beli jenama-jenama yang tertera, Kak Diva hanya bagi contoh aje. Korang boleh cari dekat mana-mana kedai kasut yang berdekatan. Instagram shop pun banyak yang jual dengan harga mampu milik. Selamat mencuba!

 

19

 

Elakkan pakai kasut bertumit terlalu tinggi kalau tak nak mood raya korang spoil. Ingat pesanan Kak Diva ni kay?