Sering Pakai Makeup Hampir Setiap Hari Punca Kulit Muka Cepat Rosak. Ini 5 Tips Dapatkan Kulit Bersih

Sering Pakai Makeup Hampir Setiap Hari Punca Kulit Muka Cepat Rosak. Ini 5 Tips Dapatkan Kulit Bersih

Kecantikan

Pernah Tak Nampak Gadis Di Shopping Mall Yang Penampilannya Seperti 23 Tahun Sedangkan Usia Sebenar Mereka 13 Tahun? Ramai Dalam Kalangan Mereka Walaupun Masih Bersekolah Sudah Pandai Membeli Produk Mekap Yang Agak Mahal Untuk Usia Mereka. Pendedahan Kulit Yang Terlalu Awal Dengan Produk Mekap Adalah Punca Kulit Muka Cepat Rosak! Ikuti 5 Tips Penjagaan Muka Ini Untuk Dapatkan Kulit Bersih & Sihat..

 

#1    CUCI MEKAP SEBELUM TIDUR

anigif_sub-buzz-28111-1489574170-1

Semua orang sudah tahu tentang fakta ini, namun saya pasti ada di kalangan kamu yang masih tidur dengan solekan di muka. Sila nyah jauh perangai tidak elok ini. Kulit kamu seharusnya ditinggalkan bersih sebelum tidur. Biar kulit boleh bernafas sempurna. Kulit yang dibiarkan kotor (bayangkan di sebelah siang kulit kamu terdedah dengan asap kotor, sinar terik matahari dan pelbagai lagi) pasti akan membantutkan proses pemulihan kulit sepanjang kamu tidur.

 

#2    SAPU KRIM MALAM

beauty-2016-02-eye-cream-main

Krim malam mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sepanjang kamu tidur, krim ini beroperasi untuk memulihkan kulit kamu menerusi bahan aktif yang terkandung. Jika kamu perasan, krim malam memiliki tekstur yang lebih kaya, ini kerana bahan kandungannya juga lebih berkuasa dan mampu merawat dengan lebih baik sepanjang kulit kamu sedang lagi berehat iaitu sewaktu kamu tidur.

 

#3   RAJINKAN UNTUK MENYAPU PUPUR PADA WAJAH

go-to-bed-face-mask

Percayalah pupur tradisional menggunakan bahan di dapur mampu membersih dan merawat wajah sama hebat dengan produk sedia ada di pasaran (malah lebih baik!). Cuba pupur tradisional menggunakan tomato. Tumbuk dua biji tomato hingga lumat kemudian lumurkan pada wajah yang telah dicuci. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas. Kamu pasti dapat lihat yang kulit wajah terasa lebih bersih, berseri dan cerah.

 

#4   AMALKAN SKRUB WAJAH SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEMINGGU

ezgif.com-video-to-gif-44

Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun kamu harus memilih skrub yang sesuai dengan jenis kullit kamu. Jika kamu rasakan kulit sangat kering atau terlalu tegang setelah menggunakan skrub itu, seeloknya kamu tukar kepada skrub yang lebih lembut. Ingat, sel kulit mati yang tidak ditanggalkan pada wajah hanya akan membuatkan kulit kamu kelihatan lebih kusam.

 

#5   BERSIH WAJAH DENGAN BETUL

anigif_optimized-20639-1427735944-2_0

Jika kamu mengenakan mekap yang tebal, pastikan apabila kamu mencuci mekap kamu, ia dibersihkan sebersih-bersihnya. Saya tahu bahagian mata dan bibir adalah antara yang susah untuk tanggal. Saya sarankan untuk melakukan rutin double cleansing agar kulit lebih bersih. Mulakan dengan mencuci menggunakan pencuci muka jenis minyak. Gosok lembut pada wajah terutama bahagian mata kerana lapisan kulit di bahagian ini lebih nipis. Kita tidak mahu kulit cepat menua. Kemudian sesudah itu, cuci muka dengan pencuci normal kamu. Ini lebih bersih dan memuaskan.

 

Kongsi dari : Stail.my