Siapa Coco? Kenali Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Bijak Berfesyen Mengalahkan Artis!

Siapa Coco? Kenali Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Bijak Berfesyen Mengalahkan Artis!

OOTD

Siapa Coco? Kenali Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Bijak Berfesyen Mengalahkan Artis!

Bila diimbau kembali waktu zaman kanak-kanak kita dahulu, rata-ratanya hanya terdedah kepada hiburan berbentuk kartun dan program variasi kanak-kanak semata-mata. Jika tidak menonton televisyen, apabila sampai waktu petang, kita dan jiran sebaya akan keluar bersosial, bermain di padang dan sebagainya. Namun perkara itu agak berbeza dengan gaya hidup kanak-kanak masa kini.


Coco sudah pandai menggunakan telefon pintar sejak berumur tiga tahun. Kredit: Pinterest

Umur seawal 3 tahun sudah didedahkan dengan peranti berteknologi umpama tablet dan telefon pintar. Biarpun pada dasarnya tujuan ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan gajet sebegitu adalah untuk memujuk mereka supaya lebih tertib dan ‘tidak buat perangai’ ketika berada di tempat-tempat awam atau saat menghadiri majlis keramaian, sebagai orang tua kita seharusnya lebih peka dengan risiko yang bakal terjadi andai perkara itu dibiar berlarutan lalu memberikan impak negatif ke atas diri kanak-kanak terbabit.


Kredit: Youtube

Walau bagaimanapun, jika ibu bapa bisa memantau pergerakan anak-anak pastinya tiada masalah jikalau pengetahuan mereka tentang peranti, teknologi dan dunia media sosial menjadi luar biasa dan ada kalanya, mereka lebih bijak mengendalikan media sosial jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa.


Kredit: Asiancrush.com

Seperti kanak-kanak perempuan enam tahun dari daerah Harajuku di Jepun ini, Coco atau nama sebenarnya Coco Hamamatsu adalah salah seorang instafamous termuda, bukan hanya gelagatnya yang buat orang jatuh cinta, dia juga memiliki sense of fashion yang menarik persis gadis remaja yang berumur.

Minat Fesyen Sejak Umur Tiga Tahun!


Kredit: chroniclesofher.com

Menurut ibunya Misato Hamamatsu, Coco mula berjinak dengan fesyen dan mempunyai hobi membeli-belah sejak umurnya tiga tahun. “Dia cekap memilih pakaian harian sendiri ketika dia masih berumur dua tahun lagi dan antara warna kegemarannya adalah merah jambu!”


Kredit: chroniclesofher.com

Sehingga kini, Coco sudah punyai lebih 235 ribu pengikut yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur di akaun Instagramnya.

Sejarah Keluarga Dorong Coco Gilakan Fesyen!


Coco bersama ibunya, Misato Hamamatsu. Kredit: chroniclesofher.com

Jelas ibunya lagi, asalnya Coco dilahirkan di Fukoshima tetapi ketika umurnya genap tiga bulan, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Tokyo untuk memulakan hidup baru kerana gempa bumi dahsyat yang melanda Fukoshima sekitar tahu 2011 dahulu.

Untuk pengetahuan semua, Harajuku adalah sebuah daerah yang terkenal kerana penduduknya gemar berfesyen secara eksentrik.

Keluarga Ada Butik Sendiri

Memang berasal daripada keluarga yang cintakan fesyen, ibu bapa Coco memiliki sebuah butik digelar Funktique [Instagram: Funktique Tokyo] yang banyak menjual pakaian dan item fesyen vitaj di kota fesyen Harajuku.

Jadikan IKEA Sebagai Ilham Unik

Melihatkan persekitaran di Harajuku yang sudah terbiasa dibanjiri para penggemar fesyen eksentrik, Coco juga memiliki cita rasa fesyen tersendiri!

Entah mengapa dia gemar menggunakan logo IKEA sebagai signature look untuk kelihatan bergaya dan ranggi.

Baik dari beg yang dipadankan dengan pakaian hariannya mahupun pericincian pada chokeryang menghiasi leher genitnya, Coco berjaya tampilkan aura unik seperti yang dimiliki selebriti dan ikon fesyen Rihanna kerana berani menjadikan perkara “luar biasa” kelihatan sofistikated.

Coco memang peminat IKEA nombor satu… ❤️

Punyai Ramai Kawan Dalam Kalangan Bintang Instagram Yang Lebih Tua 

Tak padan dengan umurnya, siapa sangka Coco rupanya miliki ramai kawan yang terdiri daripada orang yang bukan calang-calang tahu?

Biarpun baru setahun jangung, dia sudah pernah bertentang mata dan bertegur siapa dengan bintang rappers terkemuka seperti bekas teman lelaki Kylie Jenner ini iaitu Tyga!

Bersama ketua Editor The Reality Show Magazine, Tiffany Godoy

Berdampingan dengan supermodel Jepun ternama seperti Yukamannami dan Fernanda Ly

Berkenalan dengan jutawan muda gedung atas talian Depop, Bella McFadden 

… dan ramai lagi!

Kreatif Memilih Gambar Sebelum Muat Naik Ke Instagram

Coco berkata, dia akan mengambil gambar sebanyak yang mungkin sebelum memilih foto terbaik untuk dikongsikan ke Instagram.

Antara latar foto paling digemarinya adalah alam semula jadi kerana kelihatan cantik dan mendamaikan.

Gemarkan Gaya “Street Style”

Mungkin kerana dia dibesarkan dalam persekitaran komuniti Harajuku, gaya jalanan ranggi sebegini boleh dikira sesuatu yang dekat dengan hatinya.

Berfesyen Adalah Aktiviti Selepas Sekolah

Biarpun celoteh dan gelagatnya tak ubah seperti kanak-kanak yang sudah besar, Coco juga menjalani kehidupan seperti rakan sebayanya yang lain. 

Ibunya menegaskan bahawa, berfesyen dan melayari media sosial adalah sebahagian aktiviti santai untuk Coco setelah selesai waktu persekolahan. “Rakan-rakannya di sekolah tak tahu yang Coco memiliki akaun Instagram kecuali jika ada antara rakan kelasnya yang terserempak dengan Coco di sekitar Harajuku”

“Mereka akan berasa sedikit pelik kerana melihat pakaian dan gaya fesyen yang dibawakan Coco pada hujung minggu biasanya jauh berbeza dengan mereka,” ujar Misato lagi.

Obses Dengan Rona Merah Jambu

Seperti kanak-kanak perempuan lain, Coco amat suka dengan warna merah jambu dan ia boleh dilihat menerusi kebanyakan warna pakaian yang sering ditampilkan dalam foto ootd (outfits of the day).

Pernah Muncul Dalam Komersial Sheiseido Ginza

Ramai tak percaya bahawa Coco sebenarnya sangat beruntung kerana terpilih untuk membintangi komersial bagi kempen jenama kecantikan Global seperti Sheiseido!

Tonton Komersial Sheiseido Ginza 

Jadi, siapa di antara anda yang rasa tercabar dengan naluri fesyen si cilik Coco Hamamatsu ni?

Share dari : Wanista