Skirt Seperti Karpet Kereta Ini Berharga RM10 ribu

Skirt Seperti Karpet Kereta Ini Berharga RM10 ribu

OOTD

1
  
Jenama terkemuka Balenciaga sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memperkenalkan koleksi terbaru mereka.

Sebelum ini Balenciaga mengeluarkan beg tangan seperti beg membeli belah IKEA dan juga rekaan kasut Crocs yang dikatakan kasut paling hodoh.
Koleksi kali ini memang lain macam reka bentuknya. Jenama dari Sepanyol itu baru-baru ini mengeluarkan skirt yang ternyata membuatkan ramai ketawa.

 

2

Skirt tersebut dilihat seperti karpet kereta. Rekaan skirt tersebut dipersembahkan ketika Paris Fashion Week baru-baru ini.
Skirt tersebut merupakan rekaan pereka fesyen Demna Gvasalia. Skirt yang diperbuat daripada kulit itu diberinama ‘Car Design Skirt’ dan djual dengan harga $2,430 USD (RM10,263).

Pereka itu sendiri mendakwa idea untuk mencipta skirt tersebut tiba-tiba muncul semasa dia memandu kereta kegemarannya.

Kongsi dari : Hanasuva