Solekan Sempurna Dari Pagi Ke Malam

Solekan Sempurna Dari Pagi Ke Malam

Makeup

Cantik Semula Jadi, Itulah Yang Ingin Dicapai Setiap Wanita Bila Memakai Bedak Asas Tetapi Uqasha Senrose Tahu Rahsianya Untuk Tampil Dengan Solekan Sempurna Untuk Apa Jua Acara Walaupun Menggunakan Rona Berbeza!

Tidak sedikit pun ternampak kesan seperti Uqasha bersolek tebal. Semua ini adalah hasil daripada KATE Secret Skin Maker Zero Liquid, RM78 kemasan solekan yang cantik, litupan yang sempurna tanpa buat dia terasa seperti memakai bedak asas! Setiap olesan mampu menutup liang-liang pori yang jelas serta ketidaksekataan kulit, bedak asas menjadi “sebahagian kulit” dengan kemasan cerah dan mekar. Penampilan tambah sempurna dengan Kate Secret Skin Maker Zero Powder, RM59, sebagai sentuhan pelengkap. Uqasha telah mencuba tiga rona berbeza untuk waktu-waktu berbeza namun solekannya tetap nampak natural!

 

Litupan Tipis Dan Segar Di Waktu Pagi

Kerana mahu kelihatan berseri dan segar Uqasha memilih kemasan cerah, senada ton kulit aslinya (rona 00). Menurut Chufan, jurusolek yang menata wajah Uqasha di sini, untuk mendapatkan kesan natural glow, kamu boleh adun makeup base atau pelembap dengan bedak asas, kemudian adun pada kulit dengan jari tanpa menggunakan berus. Jika perlu pedap sedikit bedak asas pada bawah mata menggantikan penyamar. Layangan ringan bedak debu dengan berus membuatkan kulit kelihatan lebih jernih.

 

Bersantai Di Luar Dengan Kemasan Medium

Walau sedang beriadah, bedak asas mampu menyerikan dan melindungi kulit. Namun yang lebih penting, solekan bertahan lama dan mampu mengawal minyak. Memilih rona yang dua ton lebih gelap, 03 membuatkan kulit Uqasha hangat seperti dicium mentari. Adun bedak asas pada selruh wajah termasuk leher, dada dan bahu dan sedikit bronzer atau bedak padat yang warnanya lebih gelap untuk set-kan solekan. Gandingan dengan sentuhan gincu hanya pada pertengahan bibir untuk menghangatkan lagi penampilan.

 

Lebih Tanned Dan Matte Untuk Acara Malam

Berani ubah ton kulit? Jika kemasannya sempurna apa salahnya? Uqasha menggunakan The Base Zero rona 05 untuk ke parti malam ini. Ternyata dia tetap tampil menawan dengan ton yang sedikit gelap dan efek matteTrick untuk kemasan matte: Guna span dan pedap bedak asas, bukan sapu. Kemudian gunakan teknik sama untuk bedak debu dengan menggunakan puff. Tak cukup matte? Tambah dengan bedak padat yang dilayangkan dengan berus. Kontur bahagian pipi dengan bedak asas untuk efek sexy bronzy.

Tip: Untuk highlight tambahan, kamu boleh gunakan pembayang mata KATE Metal Glamour Eyes BR-2, warna yang paling cerah dan layangkan dengan berus medium untuk kilauan yang samar-samar.

 

*KATE TOKYO Akan Mengadakan Roadshow Di KLCC Center Court Bermula 31 Julai Hingga 6 Ogos. Jangan Terlepas Peluang Untuk Mencuba Sendiri Base Zero Foundation Seperti Yang Dipakai Oleh Uqasha!

 

Kenali produk KATE Tokyo dengan lebih lanjut di:

http://www.kate-global.net/my/

https://www.facebook.com/katemalaysia

Share dari : Cosmopolitan