Stail Terkini Curi Tumpuan Di NYFW Spring 2018

Stail Terkini Curi Tumpuan Di NYFW Spring 2018

OOTD, Out & About

Stail Terkini Curi Tumpuan Di NYFW Spring 2018

Fesyen berubah mengikut arus peredaran zaman namun, tidak mustahil andainya stail-stail retro itu diguna pakai kembali lalu menjadi ikutan semula contohnya seperti material baldu yang sering digayakan pada 70-an kini kembali menjadi hangat sebagai statement piece!

Baru-baru ini, telah berlangsungnya acara fesyen berprestij iaitu Minggu Fesyen New York (NYFW). Komuniti fesyen semuanya mengambil peluang ini untuk menonjolkan diri mereka dalam seleksi busana menarik lagi esksentrik.

Dalam masa yang sama, lebih berpuluh jenama fesyen terkemuka tampil berlumba untuk memperagakan koleksi musim bunga 2018 mereka dari 7 hingga 14 September lalu.

Dari pertunjukan fesyen tersebut, kita boleh menganggak stail apakaah yang akan menjadi ikutan tahun hadapan. Jom lihat apa yang hangat dan bakal menajdi trend fesyen sensasi untuk 2018 nanti!

#1 Sequins

Back to 00s! Masih ingat lagi masa Paris Hilton suka sangat gayakan pakaian yang berkilau seperti dress ketat yang dihiasi perincian sequins sarat? Nampaknya tahun depan trend ni kembali hangat. So… korang bolehlah start shopping baju ‘menghelip’ macam ni okay!


Carolina Herrera Spring 2018. Foto -Monica Feudi / Indigital.tv

#2 Jalur Menegak

Jika tahun ini kita banyak melihat helaian yang dihiasi corak jalur melintang, tahun depan corak jalur menegak pula yang akan jadi sebutan.


Diane von Furstenberg Spring 2018. Foto -ihsan dari DVF

#3 Lengan Kembung

Potongan lengan kembung ini biasanya digayakan oleh mak-mak kita dahulu. Popular sekitar tahun 50an, kini gaya puffy sleeves ini kembali diperkenalkan menerusi helaian dress serta kemeja.


Simon Rocha Spring 2018. Foto -Yannis Vlamos / Indigital.tv

#4 Kemeja Labuh

Diinspirasi daripada gaya boyfriend shirt, kemeja labuh sebegini boleh dipakai begitu sahaja sebagai dress pendek berpotongan longgar mahupun digayakan bersama seluar untuk acara santai!


Oscar de la Renta. Foto -Luca Tombolini / Indigital.tv

#5 Warna Jingga

Kalau tahun ni warna feminin yang popular dan digemari ramai adalah merah jambu, tahun depan… warna oren adalah is the new black!

#6 Fabrik Satin

Sering dimanfaatkan dalam penghasilan pakaian tidur kerana permukaannya yang licin dan terasa sejuk apabila dihamparkan di atas kulit, fabrikasi satin kini banyak diterapkan dalam rekaan koleksi musim bunga 2018 yang ditawarkan dalam pelbagai rona pilihan, eksklusif buat wanita yang edgy!


Sies Marjan Spring 2018. Foto -Luca Tombolini / Indigital.tv

#7 Fabrik Jaring Jenis “Tulle”

Sering dilihat pada tutu si ballerina, tulle menjadi antara fabrik yang sensasi untuk koleksi musim bunga 2018!


Oscar de la Renta Spring 2018

#8 Fabrik Jarang 

Fabrikasi jenis jarang sebegini akan buat si pemakai tampak seksi sekaligus menyerlahkan aura keyakinan diri si “dangerous woman”!


No.21 Spring 2018. Foto -Marcus Tondo / Indigital.tv

#9 “Two Piece” Dress

Kalau dahulu dress hanya disarungkan begitu sahaja namun untuk musim bunga 2018, ramai pereka tampil dengan seleksi koleksi two piece dress yang boleh disuai padan dengan seluar mahupun skirt lain didalamnya… mengikut kreativiti si fashionista.


Bbrandon Maxwell. Foto -Yannis Vlamos / Indigital.tv

#10 Jumpsuits

Trend jumpsuits kali ini banyak dihiasi perincian lebih feminin termasuklah ropol sebegini.


Ulla Johnson Spring 2018. Foto -Monica Feudi / Indigital.tv

Kongsi dari : Wanista