Stunning! Fesyen Patung Ini Buat Kamu Tak Kelip Mata!

Stunning! Fesyen Patung Ini Buat Kamu Tak Kelip Mata!

OOTD, Out & About

Doll-She-071_859573

Sumpah! Ini adalah patung paling cantik permah penulis lihat! ❤️

Dikenali sebagai high fashion doll, beruntungnya patung yang diberi nama DeMuse Doll ini kerana dapat menggayakan seleksi rekaan “Haute Couture” daripada pereka fesyen ternama Nigel Chia. Jangan terkejut kalau penulis kata Nigel Chia ini adalah anak kelahiran Malaysia yang berasal dari Sungai Besar, Selangor!

maxresdefault-2-768x432

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kecil di mana bapanya adalah seorang nelayan manakala ibunya pula adalah seorang tukang jahit. Mungkin dari situlah minatnya datang kerana kemahiran itu mengalir dalam darahnya.

bb9ccb8eb5-768x513

Pada asalnya, Nigel adalah seorang graduan vaterinar namun sebaik mendapat ijazah, beliau memutuskan untuk menyambung pengajian dalam bidang fesyen di sebuah kolej tempatan. Beliau memang memfokuskan penghasilan rekaan pakaian khas untuk anak patung sebelum memperkenalkan rekaan pakaian untuk individu sebenar sekitar 2015.

ni-ha-768x350

Menurut maklumat yang tercatat dalam laman sesawang rasmi Nigel Chia, patung istimewa ini adalah diperbuat daripada resin Korea berkualiti tinggi malah disertai 21 unit sambungan badan yang membolehkan patung itu digerakan mengikut cita rasa si pemiliknya.

DollShe-DeMuse-finish_900600-01-768x513

Ia juga direka berpandukan bentuk badan model sebenar yang tinggi dan langsing.

body-2-768x768

Untuk itu, jom lihat rekaan berkelas Nigel untuk DeMuse Doll yang pastinya lebih sensasi daripada pakaian manusia biasa!

Look-4-595x893

Sumber: nigelchia.com

IMG_2191crop-595x802

Sumber: nigelchia.com

IMG_2881-595x893

Sumber: nigelchia.com

Look-15-595x893

Sumber: nigelchia.com

IMG_2486-595x893

Sumber: nigelchia.com

demuse-ss16-polkadot-126-595x893

Sumber: nigelchia.com

Look-12-595x893

Sumber: nigelchia.com

Look-21-595x893

Sumber: nigelchia.com

IMG_2376-595x893

Sumber: nigelchia.com

Look-17-595x893

Sumber: nigelchia.com

Look-24-595x893

Sumber: nigelchia.com

Rata-rata busana DeMuse Doll dijual dalam nilai dolar Amerika kerana di barat, lebih ramai peminat dan pengumpul patung sebegini. Ianya berharga sekitar RM374 sepasang dan adakalanya menjangkau RM1000.

Ha, berpinar tak mata?

Memang cantik belaka rekaan pakaian patung yang dibuat oleh Nigel. Semuanya asli menggunakan jahitan tangan tau! Untuk keterangan lanjut, boleh lawat laman sesawang rasmi Nigel Chia di sini [www.nigelchia.com].

Tonton Nigel Chia Menyiapkan Rekaan Busana Pengantin DeMuse Doll

Kongsi dari : Wanista