TAHNIAH Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

TAHNIAH Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

Out & About, Wedding

SELAMAT PENGANTIN BARU TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS MUHAMMAD

Alhamdulilah. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dan pasangan.

Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim kini sah bergelar isteri kepasa Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan hanya sekali lafaz dalam Bahasa Melayu. Istiadat Akad Nikah dilangsungkan di Istana Bukit Serene, semalam (14Ogos).

Tunku Tun Aminah kelihatan ringkas tetapi anggun menyarungkan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga. Manakala pasangan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih. Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.

Istiadat pernikahan yang berlangsung sehari selepas Majlis Khatam Al-Quran di Istana Bukit Serene (13 Ogos) disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat. Majlis Khatam Al-Quran adalah sempena mohon keberkatan perkahwinan diraja

Jom tengok sekitar gambar Majlis Khatam Al-Quran, Istiadat Pernikahan dan Istiadat Persandingan

Majlis Khatam Al-Quran

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJA Satu Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini (13 Ogos) sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah esok. DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menghadiri majlis yang diadakan secara sederhana itu. Hadir sama adalah KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan Kerabat DiRaja Perak, serta isteri-isteri pegawai daerah Johor. Tunku Tun Aminah memperdengarkan bacaan surah lazim diikuti tetamu yang lain dan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Hajah Raimah Binti Kemat. #theroyaljohor #royalpressoffice

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

Istiadat Pernikahan

TUNKU TUN AMINAH KINI BERGELAR ISTERI DENNIS MUHAMMAD Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini (14 Ogos). Pasangan DiRaja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan. Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat. Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda. ~~~~~ TUNKU AMINAH & DENNIS MUHAMMAD PRONOUNCED HUSBAND AND WIFE HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim and Dutch-born Dennis Muhammad Abdullah were today (14 Aug 2017) pronounced husband and wife after their “akad nikah” (solemnisation of marriage) ceremony at Istana Bukit Serene. The ceremony which followed Johor royal tradition was witnessed by Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah and close family members and friends. Also present were the groom’s parents, Martin and Henriette Verbaas, his brother and sister, as well as close family friends who had flown in from the Netherlands to be part of the wedding ceremonies. Dennis Muhammad, looking smart and handsome in a traditional “Baju Melayu Teluk Belanga”, solemnly affirmed his marriage to Tunku Aminah before the State Mufti, Dato’ Muhammad Tahrir Shamsudin. The royal wedding ceremony will continue tonight with the ‘Istiadat Bersanding” (sitting-in-state) ceremony at the Istana Besar (Grand Palace) here which will be attended by 1,200 guests. #theroyaljohor #royalpressoffice

Istiadat Persandingan

YAM TUNKU TUN AMINAH, DENNIS MUHAMMAD TIBA DI ISTANA BESAR Pasangan Pengantin DiRaja, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah tiba di perkarangan Istana Besar Johor Bahru menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Askar Timbalan Setia Negeri. Mereka berangkat tiba di Istana Besar dan disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri Istiadat Persandingan yang akan disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, orang kenamaan, dan ditonton oleh rakyat jelata menerusi dua skrin gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu. ~~~~~ THE NEWLYWEDS ARRIVE AT ISTANA BESAR FOR BERSANDING CEREMONY The newly wed royal couple, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim and her husband, Dennis Muhammad Abdullah arrived at the Istana Besar Johor Bahru at 8.35pm tonight for their Bersanding (sitting-in-state) ceremony. Their arrival in a vintage Mercedes Convertible escorted by outriders from Johor Military Force and police personnel was announced by a kompang and bunga manggar troupe made up of men and women attired in colourful Malay traditional costumes. About 1,200 guests are attending the Bersanding ceremony, the proceedings of which are being relayed live for the public to follow from giant digital screens at Dataran Bandaraya and the MBJB building in Johor Bahru. #theroyaljohor #royalpressoffice

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

SULTAN BRUNEI DAHULUI ISTIADAT MERENJIS DAN TEPUNG TAWAR PASANGAN DIRAJA JOHOR KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulakan Istiadat Merenjis dan Tepung Tawar Pengantin DiRaja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos). Ia diikuti dengan isterinya, KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah dan KDYMM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar; DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; dan ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas. Istiadat Persandingan DiRaja di Istana Besar malam ini berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Diraja Johor. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri. #theroyaljohor #royalpressoffice

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

Solekan Tunku Tun Aminah oleh Mekap Artis terkenal, Saidatulnisa

Princess of Johor 💖 #tunkutunaminah

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin) on

YTM Tunku Tun Aminah. Majlis Resepsi. In the making.

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin) on