Tak Perlu Kos Yang Mahal, Lihat 5 Gaya ‘Lit’ Ini Untuk Tampil Bak Bintang Fesyen

Tak Perlu Kos Yang Mahal, Lihat 5 Gaya ‘Lit’ Ini Untuk Tampil Bak Bintang Fesyen

OOTD

Setiap kali dapat jemputan ke majlis-majlis, pasti tak senang duduk selagi tak ada outfit yang sesuai dipakai. Nak pulak dihujung bulan, bajet shopping pun terhad. Hilang mood nak melaram! Nah, tak semestinya nak bergaya memerlukan wang yang banyak. Yang penting perlu bijak dalam suai padan outfit. Ohfesyen senaraikan 5 inspirasi gaya yang kamu boleh cuba untuk tampil bergaya bak bintang fesyen. Memang lit!

 

1. Vintage Vibe

1 (1)

 

Beli sini – Jaket Denim Sasuke Premium Outlet, Plain shawl Tudung2u, Kasut Sundance butik di Klang Parade, Turtleneck Bundlenoya

Rona hitam dan coklat adalah antara warna yang paling mudah untuk disuai padan dengan rona yang lain. Potongan seluar sederhana hingga paras tali kasut di buku lali bagi efek seksi . Bagi menambahkan efek glamour, aksesori rantai adalah pilihan tepat. Penggayaan hijab juga adalah penting, OHFESYEN memilih gaya hijab rapunzel kerana ianya cukup ringkas & vogue! Sesuai untuk majlis korporat, majlis pelancaran, majlis makan malam.

2.  Spice Girl

2 (1)

Beli sini – Jaket Denim Sasuke Premium Outlet, Fille plain shawl Tudung2u, Beg Zalora, Kasut Sundance butik di Klang Parade, Seluar Carousell Ohfesyen

Denim sememangnya antara trend yang masih lagi menjadi pilihan ramai. Padankan dengan seluar trend terkini berpotongan lebar yang mempunyai butang pada bahagian sisi seluar. Seimbangkan kombinasi jaket denim & seluar dengan baju bahagian dalam berona putih. Tambah efek feminin pada penggayaan dengan memakai kasut bertumit tinggi. Lipstik berona merah juga akan memberi efek yang lebih umph! Outfit ini sesuai untuk golongan muda untuk ke majlis seperti majlis keluarga, majlis pertandingan & majlis hari jadi.

 

3. Candy Land Tulle Birthday Party

3 (1)

Beli sini – Tulle skirt Dewi Diary, Jaket denim Sasuke Premium Outlet, Kasut Zalora, Beg The Wardrobe Rehab

Tulle skirt kini menjadi trend hangat dan ianya hadir dalam pelbagai warna. Ohfesyen memilih tulle skirt yang berwarna warni dan dipadankan dengan tshirt berona putih. Tambahkan aksesori seperti beg berbentuk cotton candy untuk menaikkan lagi aura ‘candy’ . Jaket denim oversized untuk extra umph! Pilih kasut bertumit rona seakan tulle skirt untuk lebih seimbang. Jangan lupa put your white sunglass on! So cute!

 

4. Rock N Roll All Night

sasuke1 edit

 

Beli sini — Jaket kulit Sasuke Premium Outlet, Fille plain shawl  Tudung2u, Kasut butik Sundance di Klang Parade, Baju & seluar Sasuke Premium Outlet

Rona merah sangat sinonim dengan tema Rock N Roll. Kombinasi rona hitam adalah yang paling tepat. Selain kasut tumit tinggi, kamu juga boleh memadankan outfit ini dengan but berpotongan rendah. Kasut tumit akan menyerlahkan sisi kewanitaan manakala but akan memberi efek yang lebih bold. Bagi mengelakkan ianya terlalu kosong, gabungkan baju bercorak plaid. Aura Rock akan lebih terserlah dengan gabungan jaket kulit. Penggayan tudung turban untuk kekemasan dan agar tidak menutup kolar baju tersebut.

4. Retro Fit

sasuke3 edit

Beli sini – Blouse Sasuke Premium Outlet, Kardigan Carousell Ohfesyen, Tudung bawal Rafhanah Canda.my

Gaya retro yang ditambahkan atau diolah untuk kelihatan sedikit moden. Rona hijau lumut gelap dipadankan bersama kardigan hitam, seluar berona putih kerana bahagian atas yang gelap maka untuk menambahkan keseimbangan outfit. Kaca mata jenis cateye akan menyerlahkan lagi aura retro serta penggayaan hijab adalah sangat penting. Ohfesyen memilih gaya hijab turban.

5. Elfira Loy Vibe

01

Beli sini — Sparkle shawl Heeejabbymw, Kardigan Carousell ohfesyen, Palazzo Rafhanah, Heels butik Sundance di Klang Parade.

Gaya seperti selebriti terkenal, Elfira Loy. Stail Elfira Loy yang sentiasa memilih busana dari rona-rona terang dan bijak dalam menggabungkan rona untuk gaya yang ‘catchy’. Kardigan labuh yang dipadankan dengan palazzo bermotif daun. Padankan shawl dan pilih rona yang berlainan daripada rona baju dan palazzo. Pilih kasut tinggi yang ronanya tidak begitu terang. Rona nude pilihan terbaik!

Penaja utama : Sasuke Premium Outlet