Tak Susah Nak Ganjaran Besar Time Ramadan, Ikut Je 9 Pesanan Ustaz Ni!

Tak Susah Nak Ganjaran Besar Time Ramadan, Ikut Je 9 Pesanan Ustaz Ni!

Out & About

PUASA

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam.

Ini adalah kerana ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Selain berpuasa, banyak amalan sunnah yang jika dilakukan memberi pahala yang besar sekali ganjarannya. Janganlah ambil peluang hanya tidur, sebaliknya amat rugi jika kita berbuat demikian.

Menurut, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan Presiden MURSHID, ada beberapa perkara sunnah yang amat digalakkan dilakukan sepanjang bulan puasa ini.

1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2. Bersahur di akhir malam & beribadah serta istighfar.

3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4. Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka.

5. Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

6. Berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering).

7. Sedekah harta bagi juadah berbuka orang ramai.

8. Solat sunat terawih secara berjemaah.

9. Tahajjud di malam hari sebelum sahur atau selepas (sebelum fajar).

Sumber : http://www.hijabista.com.my/trending/tak-susah-nak-ganjaran-besar-time-ramadan-ikut-je-9-pesanan-ustaz-ni-1.681715