Takut Jadi Mangsa Fesyen Bila Pakai Tudung Bercorak? 5 Tips Untuk Kamu!

Takut Jadi Mangsa Fesyen Bila Pakai Tudung Bercorak? 5 Tips Untuk Kamu!

Tutorial Hijab

Walaupun tudung polos menjadi pilihan utama hijabers, tudung bercorak juga apa kurangnya? Ramai yang tak berani pakai tudung bercorak kerana takut salah padu padankan dengan outfit mereka. Takut menjadi fashion victim pula! Sebenarnya tak susah nak bergaya dengan tudung bercorak ni, bawal bercorak paling senang, cantik & fashionable. Ikuti tips ini sebagai langkah untuk menyesuaikan diri kamu dengan tudung bercorak. Jangan terlalu berwarna warni ya! 

nisha 2

Foto — Nishxnish

Tips Sempurna :

  1. Elakkan daripada menambahkan corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke kaki.
  2. 2. Cuba pilih warna yang lebih neutral seperti ‘nude’, hitam dan putih  pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat. Ini adalah bertujuan agar ‘look’ itu lebih sedap dipandang.
 waarna 2
Instagram — Waarna Elak pakai baju bercorak dan tudung pun bercorak.

3. Aksesori dempak ataupun sandal rona emas dan gangsa amat sesuai dan padan untuk melengkapkan gaya anda pabila menyarungkan hijab yang bercetak.

4. Awas! Hijab yang bercetak rona terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupun acara formal, kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilanmu.

 800
Foto — Pinterest

5. Setiap hijabi ada stail sendiri untuk menata rias hijab mereka, namun tip yang amat penting untuk tidak bermain dengan ‘volume’ yang terlampau untuk tidak membuat gaya anda terlalu sarat.

Sumber : Hijabista