Takut Terlihat Kusam & Pelik, Ini Tip Pemilihan Tona Tudung!

Takut Terlihat Kusam & Pelik, Ini Tip Pemilihan Tona Tudung!

OOTD, Out & About

panduan warna

Memilih warna hijab ideal dengan tona kulit merupakan detik  yang dianggap signifikan bagi seseorang hijabi itu. Ini kerana, andai kata tersasar dalam pemilihan warna, bakal membuatkan wajah anda terlihat kusam dan serba tidak kena. Lagi-lagi bila bertemu di majlis berbuka puasa atau rumah terbuka nanti. Opss….Tapi , Elakkan daripada memakai hijab sedondon dengan rona busana. Usah terlihat bagai pepohon bergerak, ya!

Ini Tipnya..!

WARNA KULIT CERAH

Untuk anda yang berkulit cerah, adalah lebih afdal untuk memilih hijab yang berona gelap dan terang seperti hitam, biru, hijau, kuning, ungu dan juga merah serta hindarilah warna-warna kelam seperti pastel pucat atau putih salju kerana bakal membuatkan wajah anda tampak pucat-lesi.

WARNA KULIT KUNING LANGSAT

Jika anda memiliki warna kulit ke arah kuning langsat, apa kata pilih hijab berwarna injeksi merah, merah jambu ataupun biru. Hindari rona terarah kepada nuansa keemasan.

WARNA KULIT SAWO MATANG

Untuk yang berkulit sawo matang, warna sesuai untuk riasan anda ialah sama ada warna putih susu, pastel, biru, merah manggis, ungu serta hitam. Warna-warna yang tidak disarankan antaranya meliputi rona merah, kuning, hijau dan coklat tua serta ‘olive’ (warna hijau kekuningan).

WARNA KULIT GELAP

Untuk jenis kulit gelap, menggunakan warna-warna yang lembut akan menampakkan anda tampak lebih cerah. Cubalah mengenakan hijab berona neutral seperti pastel dan ‘lavender’. Sebaiknya anda menghindari warna coklat, hitam dan jingga kerana akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih gelap dari sedia kala. Begitu juga dengan warna-warna cerah seperti kuning, hijau tua dan merah bata. Hb

TIP TAMBAHAN

Bagi yang memiliki raut wajah sedikit membulat, elak daripada menyarungkan hijab bercorak sarat kerana ia bakal menampakkan wajah anda tidak terurus dan penuh. Sewajarnya, pakailah hijab bermotif kecil.
Sumber dari http://www.hijabista.com.my/trending/takut-terlihat-kusam-pelik-ini-tip-pemilihan-tona-tudung-1.676357