Tanpa Pil & Pergi Gym, Amylea Berjaya Lenyapkan 9KG Dalam Sebulan. Wow, So Effective Kan!

Tanpa Pil & Pergi Gym, Amylea Berjaya Lenyapkan 9KG Dalam Sebulan. Wow, So Effective Kan!

Artis, Kecantikan

Bakatnya mula dicungkil ketika menyertai Akademi Fantasia musim ke 3 berentap bersama Mawi yang kemudiannya bergelar juara.

Biarpun  penyanyi ini memiliki tubuh yang kecil dengan vokal mantap serta berambut kerinting menjadikan penampilan penyanyi dari Langkawi ini lain daripada yang lain.

SEBELUM ITU MENYEPI

Walau bagaimanapun Amylea kemudiannya terus menyepi dan jarang cerita mengenainya keluar di media. Namun baru-baru ini kemunculannya mendapat perhatian semula sebaik menyertai pertandingan AF Megastar.

Kali ini imejnya bukan lagi keanak-anakan tetapi sudah semakin matang. Apa yang diperhatikan sejak membuat kemunculan semula ini, Amylea sebenarnya telah melalui proses menurunkan berat badan yang dialami sebelum itu.

Dia yang mempunyai ketinggian sekitar 149cm/4’11, merasakan berat badannya ketika itu 61.5kg tidak sepadan dengan ideal yang sepatutnya.

BERUSAHA DAPAT BERAT IDEAL

Dia berusaha untuk mendapatkan bentuk badan ideal iaitu 47kg dan ternyata usahanya tidak sia-sia. Amylea berjaya menurunkan berat kira-kira 7kg dalam masa sebulan dan mempunyai baki lagi 6kg untuk memastikan dia mendapat berat ideal.

Artikel Berkaitan: Cara Rosma AF Turunkan Berat 9.7kg Dalam Masa 2 Bulan

Oleh kerana ramai yang bertanya rahsianya yang berjaya menghilangkan 7kg dalam masa sebulan sahaja, Amylea tidak lokek untuk berkongsi dengan peminatnya di luar sana.

Beliau kemudiannya berkongsi rahsia bagaimana dia melakukannya tanpa pergi ke gymsebaliknya hanya mengawal pemakanannya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

TANPA PIL & GYM

Melihat jadual pemakanan yang dikongsi ini maka tidak hairanlah dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 1.4kg sehari.

Jom semak jadual pemakanannya dan bagi yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa pengambilan pil dan secara sihat, boleh amalkan diet dicadangkan Amylea ini.

As promised m gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 Kg to 53.0 Kg in 1 month. My height is 149 cm / 4’11, berat badan ideal utk ketinggian sy ialah 42 kg ( tp sy tak minat utk terlalu kecil, i love to have muscle juga so it will be heavy tapi masih bentuk yg ideal 47kg target sy).

These are the pictures thru out my journey. Jangan kecam sis bila tgk gambar gemok diam sudah ok! Haha This is my way and what i did for myself, sy tak paksa siapa2 utk buat, klu berminat nk cuba, cuba , sbb sy terima byk sgt permintaan utk share jadi sy share, klu ada yg lebih pakar mybe boleh share gambar anda utk turun 8kg sebulan bru sy percaya. Sy dh bertahun cuba mcm2 tips! Ini saja yg berjaya. Tip penting! MAHU

Sy mmg suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni sy tak gym langsung!

DIET SEIMBANG

This is what i did

Hari Diet : from India food expert.

Breakfast:

3 biji telor rebus ( kosong) 
1 mug green tea

Lunch:

3 biji telor rebus ( kosong) 
1 mug green tea 
1 biji apple ( apa2 jenis)

Ptg

1 mug green tea
1 biji apple

Malam

1 mug green tea 
1 mangkuk oat kosong dgn kacang ( jgn masin)

MINUM AIR KOSONG

Minum air kosong yg byk sepanjang hari, jgn sulam2 makanan lain atau kudapan, klu buat tak menjadi diet ni. Percayalah sy dh try buat cmtu tapi mmg fail. Harus strict!

* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*

1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg 
You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.

Hari Biasa:

Brown rice separuh genggam

Virgin coconut oil( klu goreng telor)

Kimchi

Frozen yogurt / greek yogurt

Green tea kosong ( wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jgn atas jam 8mlm

‘CHEAT DAY’

Cheat day:

Atkins style( makan lauk saja apa2, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually sy makan sehari sekali je klu cheat day sbb dh cukup.

Ice cream ( dark chocolate)
Tapi tetap  air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pegi.

Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari. And then back to hari biasa.

Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. 
After u do this u changed ur habit & akan rasa sgt selesa. No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.

Okay good luck! I am still in my journey lg 6Kgs!! Wish me well!

Kongsi dari : Hijabista