Tengah Makan Asam Pedas Dia, Tiba-Tiba ada …

Tengah Makan Asam Pedas Dia, Tiba-Tiba ada …

Out & About

15036627_1698349793826867_7175521213059057805_n

Lokasi : 8 Jalan Kubu Off Jonker Walk Melaka , Malaysia

 

Mula-mula masuk kedai ni..alamak, macam tak menarik je, suramnya takutnya. Malam pula tu. Tapi apakan daya, tu saja kedai yang paling dekat oleh sebab kami semua pun dah lapar tahap nk berguling. So masuk order macam biasa. I. am. So. amazed that restoran ni very the 1Malaysia ! Yang ambil order wanita cina. Lepastu yang serve, eh melayu lah ! Penyambut tetamu pula indian lady (tak pasti penyambut tetamu or apa. Tapi dia yang entertain us sampai kami gelak terbahak siap nak tolong ambilkan gambar kami siap cari good angle kalah photographer international) . Very the friendly I tell u. Ok jom story pasal menu apa ada dekat sini pula.

15171223_1706745746320605_5485581929491941837_n 15242016_1711210265874153_2227528008904463544_n

Ini antara yang menarik iaitu ada menu comes with set. Tapi ada time yang boleh order set lunch ni. Available dari pukul 12 tgh hari sampai 2 petang sahaja ok.

Set Lunch : Nasi putih (ada telur goreng, papadom, timun & ikan masin) + Ikan masak asam pedas + air (apa-apa jenis air). Hanya RM 11.90 !

resize lg

Yang ni 2 set boleh makan 6 – 8 orang. Ikan boleh pilih tapi lain harga ye. Hiks.

Untitled design999

Air milo ni tak kacau sebati lagi sebab gopoh sangat nak ambil gambar.

Ikan kembung masak asam pedas. Sedap gila!

Asam pedas ni boleh request nak ikan apa tapi harga berlainan & berpatutan.Tengah makan asam pedas tiba-tiba… berhantu weh! Nak lagi nak lagi. Selain dari asam pedas, kedai ni juga ada menu lain macam nasi goreng cina, laksa johor, ABC, cendol & macam-macam lagi ! Tapi tak sempat nak merasa semua menu. Pecah perut nanti nok.

 

Nasi goreng kampung – RM 11

 

Laksa Johor – RM berapa tak ingat (main order sebab lapar sangat) HAHA! Maaf ye

 

Air – RM 6 / glass

 

YANG PENTING SERVICE KEDAI NI AWESOME SEBAB SEMUA AUNTIES ARE SO FRIENDLY, SIAP SERVICE TANGKAP GAMBAR FREE! DAN JUGA 1 MALAYSIA !

 

Okay so cafe teluk belanga ni beroperasi setiap hari dari pukul 9pagi – 6petang. Hari Jumaat – Ahad tutup pukul 11 malam.

 

Waze            : 8 Jalan Kubu Off Jonker Walk Melaka , Malaysia

Facebook   : https://www.facebook.com/Teluk-Belanga-Cafe-1698346127160567/

Instagram : https://www.instagram.com/telukbelangacafe/

 

 

Landmark

  1. Swiss Hotel Heritage Boutique Melaka
  2. Jonker Street, Melaka
  3. Backlane Coffee
  4. Jonker Boutique Hotel