Tip Pastikan Wangianmu Kekal Sepanjang Hari

Tip Pastikan Wangianmu Kekal Sepanjang Hari

Kecantikan

Semburkan Wangian Secara Strategik (Dengan Menggabungkan Mana-Mana Dua Tip Di Bawah) Dan Kamu Akan Kekal Berbau Harum Sentiasa.

Persediaan: Lumur seluruh tubuh dengan losen tanpa haruman. Wangian akan melekap lebih kuat pada kulit yang lembap (dan losen yang tiada bau takkan ubah haruman wangianmu).

 

  1. Pedap jeli petroleum di depan buku lali dan juga belakang lutut, kemudian semburkan wangian. Harumannya akan naik jadi penting untuk semburkan pada pusat nadi yang lebih bawah ini.
  2. Semburkan pada belakang pergelangan tangan dan tekan atau pedap (jangan sapu kerana ia memecahkan molekul haruman dan hilangkannya) dengan pergelangan tangan sebelah lagi selama lima saat.
  3. Semburkan sedikit pada lurah dada dan pada bahagian bra kamu bercantum (kalau ia diperbuat dari sutera, elakkan ya). Bahagian jantung yang hangat akan membantu sebarkan molekul haruman.
  4. Sapu juga wangian bersama sedikit krim dadanan rambut, pada hujung rambut, dua inci dari bawah adalah bahagian paling kering dan cepat menyerap.

Share dari : Cosmopolitan.my