Tips Putihkan Gigi Mudah Dengan Bahan Di Rumah. Elak Minum Kopi Terlalu Kerap

Tips Putihkan Gigi Mudah Dengan Bahan Di Rumah. Elak Minum Kopi Terlalu Kerap

Kecantikan

Mempunyai gigi yang sihat dan kuat  tidak mencukupi bagi yang ingin tampil bekeyakinan. Adalah penting untuk mempunyai gigi yang bersih dan indah supaya penampilan lebih confident dan menarik.

Tidak hairanlah, jika kebelakangan ini, ramai yang melakukan siri rawatan untuk mendapatkan gigi yang lebih putih. Sebenarnya, untuk mendapatkan gigi putih bersih tidak hanya dilakukan dengan melakukan rawatan di klinik kesihatan atau kecantikan. Dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah pun boleh juga.

 

Baking Soda

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 3 sudu baking soda dan 1 sudu air sejuk. Campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga soda menjadi bentuk pes.

Cara-cara 

Berus gigi anda seperti biasa dan bilas dengan teliti dan kemudian berus balik gigi dengan menggunakan baking soda. Gosokkan perlahan-lahan dan bilas dengan segera sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

 

Kurangkan Minum Kopi/Nescafe

Selain menggunakan baking soda, untuk gigi lebih putih, anda dinasihatkan untuk memakan epal dan stroberi. Elakkan penggunaan teh dan kopi yang berlebihan jika anda tidak mahu gigi mudah kuning.

Sumber : Dewi Malaysia