Tokey Tudung Otai Ini Kongsi 4 Tip Mudah Nak Jual Brand Sendiri. Paling Penting Kena Kreatif!

Tokey Tudung Otai Ini Kongsi 4 Tip Mudah Nak Jual Brand Sendiri. Paling Penting Kena Kreatif!

Out & About

HIJAB

Hampir seminggu sudah kita menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi Syawal. Pasti kelengkapan untuk sambutan bulan penuh kemenangan itu cukup meriah.

Penampilan ‘top to toe’ mestinya baru dan bagi yang berhijab, tudung elemen paling penting yang mesti ditonjolkan untuk dipadankan dengan busana menarik.

Sekarang ini kita lihat macam-macam fesyen tudung yang dijual di pasaran. Ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini, lebih-lebih lagi bila nak tiba Syawal.

Pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya nak buat tudung ini? Atau untung atau tidak peniaga tudung kerana ada tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.

Founder Radiusite yang sudah hampir 9 tahun (sejak 2008) beropersi, Puan A’tikah Ash’ari, 30 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat nak buat bisnes tudung.

Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan label Radiusite memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 416 pengikut di laman instagram.

 

1. Perlu cari kain

Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.

 

2. Cari tailor

Sekarang ini tak susah nak cari tailor kerana segala maklum di hujung cari. Search saja carian tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna.

 

3. Pilih design

Tidak susah sebenarnya nak cari design,  kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan kreativiti untuk mengubah mengikut acuan sendiri. Sama ada nak reka tudung panjang, empat segi, instan atau half moon.

 

4. Pastikan ada label

Reka label dengan nama yang senang orang nak ingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit dan boleh terus di tampal pada tudung.

Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat  tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.

“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri ikut kreativiti sendiri.

“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber : http://www.hijabista.com.my/trending/tokey-tudung-otai-ini-kongsi-4-tip-mudah-nak-jual-brand-sendiri-paling-penting-kena-kreatif-1.683225