Tolonglah Pakai Maskara Bila Mekap, Kalau Tak…

Tolonglah Pakai Maskara Bila Mekap, Kalau Tak…

Makeup

Tolonglah Pakai Maskara Bila Mekap, Kalau Tak…

Tiga langkah penting untuk mendapatkan solekan yang sempurna ialah kulit, mata dan bibir. Jangan sesekali tinggal tiga langkah ini, jika tidak solekan nampak tak siap pula.

Solekan yang siap pendapat penulis ialah apabila seseorang itu menambah lirikan terakhir pada bulu mata. Memang ramai yang tinggal step ini kononnya untuk hasil solekan natural. Bayangkan mata dan lengkap warna-warna pembayang mata tapi tenggelam dek bulu mata yang jatuh luruh tidak bermaya.


Sebelum dan selepas memakai maskara. Foto – Good Housekeeping

Wajib ke pakai maskara? 

Sebenarnya tidak wajib pun memakai maskara, namun sudah menjadi essential harian untuk seorang wanita tampil cantik dengan mata galak. Makeup yang paling strong bila makeup kemas dibahagian mata. Jika anda ingin keluar rumah tanpa sebarang heavy makeup look, cuba tambah maskara di mata cukup dengan itu anda dapat pamerkan fresh look walau tanpa secalit foundation!


Foto – Pinterest

Apa yang best pakai maskara? 

Tadi penulis dah beritahu, ia beri fresh look tanpa bersolek tebal. Selain itu, solekan mata yang kemas dengan maskara memberi efek mata lebih besar dan galak. Ada ketika anda meratakan foundation atau bedak pada wajah sehingga melekat pada bulu mata, kemudian dibiarkan bulu mata tinggal dengan kesan bedak! Jadi mengelakkan bulu mata anda seperti rambut beruban, berus bulu mata dengan maskara hitam barulah makeup siap namanya. Bila maskara disapu dengan kesan bedak, bulu mata tampak lagi tebal dan panjang.


Pelbagai jenis berus maskara. Foto – arkib Wanista.com

Negativiti tentang maskara

Memang terdapat banyak cakap-cakap mengenai kesan buruk tentang penggunaan maskara. Sebagai contoh, bulu mata mudah rosak, gugur dan boleh memberi jangkitan pada bahagian mata. Pssttt! Kini terdapat banyak pelbagai jenama solekan yang menyediakan maskara dari bahan organik dan mempunyai kebaikan memelihara bulu mata semasa memakai.

Baca: 5 Jenama Maskara Terbaik, Beli Di Farmasi Je!


Perbezaan solekan tanpa maskara vs dengan maskara. Foto – Pinterest

Tapi hati-hati, pastikan anda bersihkan maskara semasa menanggalkan makeup. Gunakan makeup remover atau eye makeup remover. Tidak pun anda boleh gunakan tisu basah bersama baby oil untuk menanggalkan sisa maskara. Jika tidak habis mata macam mata panda ada kesan lingkaran gelap!

Pakai maskara atau tidak?

Pada anda yang suka beri alasan bulu mata tidak lentik atau tak pandai pakai maskara. STOP! Cara terbaik untuk melentikkan mata sebelum memakai maskara dengan menggunakan eyelash curler. Jangan gunakan eyelash curler selepas memakai maskara, teknik itu boleh merosakkan bulu mata. Bagi mendapatkan bulu mata yang lebih lebat dan sihat semulajadi anda boleh sapukan Vaseline atau minyak kelapa menggunakan berus maskara yang terpakai setiap malam sebelum tidur.

Baca: 5 Cara Panjangkan Bulu Mata Secara Semula Jadi!


Eyelash curlers. Foto – The Sweethome

Jadi, jangan beri alasan lagi…cuba cantik dengan maskara pula. Barulah makeup geek sejati!

Share dari https://www.wanista.com/2017/134405/tolonglah-pakai-maskara-bila-makeup-kalau-tak/