TOP 6 BUSANA HIJABISTA YANG MENJADI TREND TERKINI !

TOP 6 BUSANA HIJABISTA YANG MENJADI TREND TERKINI !

OOTD

Sudah 2017, masih ada lagi yang tak tahu bergaya!? Bahkan baju apa yang sedang trending pun tak tahu? Sebagai wanita ni wajib berhias cecantik tau. Bergaya ni sebenarnya untuk menambah keyakinan diri. Lumrah wanita tak boleh tengok yang lebih cantik dari dia, mesti nak murung 24/7. Betul tak? Tak semestinya bertudung menghalang kamu untuk bergaya. Malah wanita bertudung lah paling mudah nak bergaya dan sekaligus menguji kreativiti masing-masing dalam ber-fesyen. Nah, masa itu la kamu kena tunjukkan bakat berfesyen! 
Jum tengok 5 busana hijabista trend terkini pilihan Ohfesyen!

#1 

12 (1)

Sumber : sharifahrose_

Kebiasaanya Cami dress ini hanya dipakai oleh wanita free hair kerana bajunya yang agak seksi. Hijabista yang semakin bijak menggayakan sesuatu fesyen mengikut kreativiti mereka kini berani tampil dengan Cami Dress ini. Banyak contoh hijabista yang menggayakan Cami Dress ini. Antara contoh, mereka menggayakannya dengan tshirt plain lengan panjang atau blouse. Hasilnya, mereka tampak seksi tetapi masih mengekalkan gaya muslimah.

#2

Busana ini pula lebih kurang dengan busana pertama tadi, cuma ia versi top. Cami Top paras bawah punggung juga dipadankan bersama tshirt lengan panjang ataupun blouse. Cami Top ini terdapat dalam corak plain dan juga printed. Padankan dengan culottes, palazzo, pleated pants

 

#3

24 (1)

Sumber : faafirds

Trend bomber jacket ini pula mungkin sudah agak lama tetapi ianya masih menjadi trend terkini yang masih ramai gadis menggayakannya. Mungkin kerana bomber jacket mudah digayakan dengan pelbagai busana & celana. Tidak perlu digosok adalah salah satu kelebihan bomber jacket ini yang menjadi pilihan majoriti hijabista. Boleh didapati di kebanyakan butik di shopping mall dan juga instagram shop!

#4

2 (1)

Sumber : syu.wd

21 (1)

Sumber : nishxnish

22 (1)

Sumber : faafirds

Fesyen embroidery juga kini menjadi kegemaran fesyenista. ZARA yang dahulunya mengeluarkan koleksi embroidery kini mendapat sambutan dalam kalangan gadis-gadis sehingga ada yang mengeluarkan koleksi tiruan yang kian menular di online shop. Dahsyat betul sampai ada tiruan!

 

#5

9 (1)

Sumber : faafirds

8 (1)

Sumber : nishxnish

23 (1)

Sumber : vivyyusof

Busana Wrap Top ini juga kini sedang trending! Bukan sahaja hijabista yang menggayakan wrap top ini, malah fesyenista yang lain juga sedang menggila dengan busana ni! Kak Diva selalu scroll instagram dan ramai dalam kalangan wanita yang tak henti ber-OOTD dengan Wrap Top ni. Vivy pun pakai tau! Antara online shop yang menjual Wrap Top ni ialah ARCO, Shazleenstudio by Emma Shazleen & Fashion Valet. Apa lagi? Pergi serbu cepat!

 

#6

20 (1)

Sumber : amalinajasmin

6 (1)

Sumber : nishxnish

Busana patch ini juga kini semakin menjadi trend. Bukan sahaja busana, malah celana dan hijab juga terdapat dalam corak patch. Apa itu patch? ianya satu corak bertampal yang boleh dibuat sendiri (kalau rajin!). Tetapi pada zaman canggih ni, ramai hijabista yang memilih untuk membeli di butik-butik pusat membeli belah dan online shopping. Senang!

We welcome your suggestions. Please drop one!