TOP 5 SELEBRITI DENGAN GAYA HIJAB TERSENDIRI

TOP 5 SELEBRITI DENGAN GAYA HIJAB TERSENDIRI

Artis, OOTD

mix yuna wawa erin

Meskipun sesetangah selebriti pilihan OHFESYEN ini baru berhijab, mereka tetap kelihatan anggun dan sentiasa fashion forward dalam menggayakan OOTD dengan gaya hijab tersendiri. Lain pula dengan si gadis berkulit sawo matang, Yuna yang sememangnya terkenal dengan gaya turban, Yuna lebih berani menampilkan gaya yang “stand out” atau “daring” dan pandai bermain dengan warna-warna. Apa saja yang dipakainya, pasti akan dijadikan inspirasi wanita berhijab diluar sana.

 

Jum tengok Top 5 selebriti gabungan malaysia indonesia yang menjadi pilihan OHFESYEN sebagai inspirasi fesyen muslimah

1)   LAUDYA CYNTHIA BELLA

laudya cynthia bella

Pelakon utama filem Surga Yang Tak Dirindukan ini gemar menggayakan bawal ikat belakang dan gaya OOTD yang versatil. Bagi OHFESYEN, apa saja jenis hijab yang dipakainya pasti akan kelihatan cantik kerana bentuk wajahnya yang kecil. Untung nya lahai…

2)   ERIN MALEK

erin malek 2

Selebriti Malaysia yang juga hot mummy ini juga gemar memakai bawal ikat belakang tetapi kebiasaannya Erin akan memakai bawal bercorak ataupun pucci yang menjadi trend terkini. Gaya OOTD Erin pula selalunya casual dan simple but nice. Orang cantik pakai apapun cantik. Kalau kita pakai, mashaAllah sistur…

3)   Yunalis Zarai

yuna music

Si gadis tinggi lampai ni pula memang dari azali terkenal dengan gaya hijab turbannya sampai jadi ikutan para remaja. Yuna yang sudah mencapai tahap International Celebrity ini gemar menggayakan OOTD yang bold, stand out & daring. Yuna juga bijak bermain dengan warna pasti akan menghasilkan gaya yang lain dari yang lain. Kalau kita yang pakai, dah macam clown! 

4)   WAWA ZAINAL 

wawa zainal

Wawa zainal yang terkenal dengan tudung kelepet kini dia sudah berani menggayakan pelbagai style hijab trend terkini. Meskipun dengan tudung kelepet, Wawa tetap tampil cantik. Gaya OOTD pula lebih kepada warna-warna yang natural.

5)   ZASKIA ADYA MECCA

zaskia

Zaskia yang juga pelakon Surga Yang Tak Dirindukan ini jika di dalam lakonan, sering kelihatan tampil dengan gaya turbannya seperti Yuna. Mungkin sedikit kelainan dari Yuna. Gaya hariannya sering tampil dengan gaya hijab lilit di leher ataupun lilitan biasa di kepala. OOTD Zaskia pula lebih kepada rona-rona sweet pastel & penampilan yang sentiasa on-the-go.

Love, Lily