Trend Bag Crossbody Terkini, Senang Di Bawa Ke Mana Sahaja

Trend Bag Crossbody Terkini, Senang Di Bawa Ke Mana Sahaja

Out & About

Trend Crossbody Yang Kami Jumpa Di Zara & Pinterest Adalah Yang Terbaik, And This Is How We Do It

We can’t get over the crossbody bag style! We just can’t. Sorry. Boleh jadi juga kerana trend crossbody atau gaya menyilang beg – terutama sekali beg bersaiz mini – pada tubuh masih belum ‘terkambus’ atau lenyap daripada trend semasa? Masih payah untuk terluput dari ingatan? As sure as hell, saya secara peribadinya, masih belum tersurut hati lagi melihat trend crossbody mewarnai dunia fesyen.

Gucci dan Dior adalah contoh terbaik yang mengagungkan stail beg crossbody untuk aturan gaya si perempuan. Bagaimana mereka boleh menyatukan stail tersebut dengan lagak cool yang melewati di atas pentas dan ada saja cara mereka menyegarkan ia. Malah Valentino untuk musim bunga panas 2018 baru-baru ini bagai galak dengan stail beg crossbody yang dilihat cantik juga. Ada satu look, Valentino menyematkan beg crossbodybersama dress panjang lembut siluet romantik.

Jadi, bagaimana untuk ‘master’ idea crossbody? Kami jumpa cara menguasai gaya beg crossbody menerusi internet, yakni dua platform yang bagus untuk dirujuk – Pinterest dan Zara! Yang mampu mengundang keasyikan terhadap stail crossbody dan barangkali mengubah pandangan kamu terhadap penggayaan itu daripada satu dimensi ke tiga dimensi.

Trend Crossbody Zara Look

daripada zara.com

ZARA’S THE BEST.

Ia menyediakan ilham dan mengongsikan formula menggayakan beg crossbody dalam cara stail-ish. Silang dengan blazer power shoulder saiz besar atau dengan helaian yang serba ringkas, beg crossbody senang untuk ‘berasimilasi’. Asalkan beg itu bisa bangkit sebagai statement, tidak susah untuk memadankan ia dengan apa jua penampilan.

Lihat bagaimana Zara hadir dengan beg crossbody bercorak bintang dan perincian jumbai (atas), dipakaikan bersama kot panjang musim dingin. Love! Discreet chic. Ceraian yang simetri, dikira omnipresent ini diubah hanya dengan beg crossbody untuk mencadangkan kelainan dan lebih menarik daripada biasa.

 

Trend Crossbody Zara Look

daripada zara.com

YANG LEBIH KASUAL

Gaya yang lebih kasual seperti layerings pula tersarung beg mini crossbody bentuk segiempat Zara (atas), yang ‘bersih’ dari segi rekaannya. Canda antara dua elemen, bermain dengan kasual dan street-ish bersama sesuatu yang structural. Beg crossbody umpama ‘counterbalance’ kepada keseluruhan penampilan, menjadi lebih menarik daripada biasa.

Dan tak salah jika gaya senada yang menjadi pertaruhan. Gaya subtle berkemeja putih diserikan dengan beg crossbody kulit bercorak jalur daripada Zara (bawah) yang hadir dalam keluarga warna sama. Lebih-lebih lagi jika pola ceraian yang dipakai itu dalam potongan pola unik seperti boxy atau yang ada manipulasi, disempurnakan dengan strict minimum seperti beg yang ringkas. Ultra moden!

Trend Crossbody Zara Look

daripada zara.com

Terdorong untuk melestarikan gaya crossbody? We told you, laman web Zara adalah rujukan terbaik! Jika mahu meraih gelaran ‘master’ gaya crossbody ini, kami jumpa beberapa gaya jalanan di Pinterest yang kami suka dan mungkin boleh memperkasakan lagi idea kamu. Telah kami susun imej Pinterest yang menjadi kegemaran peribadi di bawah ini sebagai panduan. Oh, sudah tentu kami turut senaraikan lapan beg crossbody saiz mini dan medium, daripada himpunan musim dingin juga musim bunga 2018.

THE BEST CROSSBODY LOOK FROM PINTEREST & BEG-BEG CROSSBODY MINI JUGA MEDIUM SEBAGAI PILIHAN KAMU

Gaya malas, relaks paling sesuai dimadukan bersama trend beg crossbody. Daripada thestyleshaker.tumblr.com.

MasterCrossbody-Slider4-stailMY-1

 

Semua putih dan beg mini metalik memperlihatkan kontras. Daripada lookastic.com.

MasterCrossbody-Slider7-stailMY

 

Beg crossbody Longchamp daripada musim Cruise 2018.

MasterCrossbody-Slider11-stailMY-1

 

Beg crossbody mini Topshop.

MasterCrossbody-Slider8-stailMY

 

Dior menampilkan beg mini Dioraddict himpunan Cruise 2018.

MasterCrossbody-Slider9-stailMY

 

Chloe Faye Bracelet mini bag! Daripada net-a-porter.com.

MasterCrossbody-Slider14-stailMY

Beg crossbody Shag Shop Anya Hindmarch daripada musim bunga panas 2018.

MasterCrossbody-Slider10-stailMY

 

Jimmy Choo menampilkan beg silang Lockett Petite. Daripada net-a-porter.com.

MasterCrossbody-Slider13-stailMY

 

Beg crossbody mini Givenchy daripada musim luruh dingin 2017.

MasterCrossbody-Slider15-stailMY

 

Monki muncul dengan beg silang mini Kyra Velvet untuk Holiday 2017.
MasterCrossbody-Slider12-stailMY-1

 

Beg crossbody sebagai kontra pada penggayaan. Daripada whowhatwear.com.

MasterCrossbody-Slider1-stailMY

 

Keira Knightley menyilang beg crossbodyChanel mini, membalas ceraian labuh yang dipakai. Daripada purseblog.com.

MasterCrossbody-Slider2-stailMY

 

Pabila beg mini digayakan secara kasual…hanya berkemeja T dan jean. Ok, that’s cool! Daripada whowhatwear.com.

MasterCrossbody-Slider3-stailMY

 

Gaya jalanan di sekitar minggu fesyen Australia Resort 2018.

MasterCrossbody-Slider5-stailMY

 

Love this look. Beg crossbody yang lembut dipadankan dengan penampilan feminin atau bernada keperempuanan. Daripada shopstyle.com.

MasterCrossbody-Slider6-stailMY

 

Kongsi dari : Stail.my