Trending : Mekap Separuh Muka Jadi Trend Di Sosial Media

Trending : Mekap Separuh Muka Jadi Trend Di Sosial Media

Makeup

Trend di media sosial terus berubah. Setiap waktunya ada saja perkara baru dan menarik yang jadi trend di media sosial. Salah satunya adalah trend makeup separuh atau #halffacemakeup.


Dalam trend ini, seorang wanita akan menyolek separuh dari wajahnya. Satu sisi wajah akan diberi mekap lengkap dari alis mata hingga ke bibir. Sementara sisi wajah lagi satu  akan dibiarkan natural dan polos begitu saja.

Alasan mereka yang berada dalam flow trend ini: ada yang suka-suka, ada yang hanya mengikut trend, ada juga yang mahu tahu mana satu sisi dirinya yang lebih cantik; bila bermekap atau bila berwajah natural.

Menghias separuh dari wajah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Mekap memang bertujuan untuk melengkapkan kecantikan seseorang wanita, namun juga tidak salah jika anda selesa kemana-mana dengan solekan tipis atau tiada solekan langsung. Yang penting kecantikan dan kesihatan kulit wajah perlu dijaga dengan baik.

Kongsi dari : Dewi Malaysia