Trik Bibir Mungil Semulajadi Dalam Masa 3 Minit Tanpa Suntikan!

Trik Bibir Mungil Semulajadi Dalam Masa 3 Minit Tanpa Suntikan!

Makeup

Lipstik Terdiri Daripada Pelbagai Jenis Yang Berlainan Fungsi. Namun, Lipstik Jenis Matte Kini Menjadi Trend Hangat Kerana Fungsinya Yang Kekal Lama. Ketahui 7 Jenis Lipstik Ini & Cara Untuk Mendapatkan Bibir Mungil Secara Semulajadi Dalam Masa 3 Minit!

Trik 1

#1  Lip Liner

Lip liner ini bentuknya seperti sebatang pensil cuma lebih nipis. Boleh dipakai sebagai lipstik tetapi lebih cantik dengan kombinasi lipstik yang berlainan jenis. Fungsinya adalah untuk membentuk garisan luar bibir. Penggunaannya akan membuat lipstik pada bibir kamu kelihatan lebih kemas.

800 lip liner

Foto — Google

#2  Lip Gloss

Lip gloss memberi efek kilauan pada bibir. Teksturnya yang ringan tetapi agak melekit ini sebenarnya memberi manfaat contohnya dapat mengelak bibir yang kering dan mengekalkan kelembapan kerana kandungan minyak dan pelembap yang tinggi.

Lipstick jenis gloss ini juga cepat & senang hilang. Bagi mereka yang boleh solat, ini adalah satu kebaikan tetapi tidak untuk mereka yang aktif di siang hari kerana mereka perlu sering mengoles semula lip gloss yang pudar di bibir. Lip gloss ini disarankan kepada mereka yang memiliki bibir mungil kerana ia akan menambahkan efek penuh dan seksi!

800 LIP GLOSS

Foto — Google

#3 Creamy Lipstick

Lipstik jenis krim ini boleh dikatakan gabungan antara Matte Lipstick dan Lip Gloss kerana lipstik jenis krim ini memberi efek sedikit berkilau tetapi teksturnya masih ringan. Sebelum memakai lipstik, guna lip liner untuk membentuk bibir dan berus sebagai aplikator lipstik untuk hasil yang lebih kemas. Kandungan lilin yang tinggi juga ada kebaikan dan keburukan. Kebaikannya dapat berfungsi sebagai pelindung bibir dari sinar matahari manakala kekurangannya pula bibir akan terasa kering.

800 creamy kylie

Foto — Google

#4 Matte Lipstick

Matte lipstick menjadi trend dan tetap menjadi pilihan ramai wanita. Ia mempunyai kebaikan dan kekurangan. Kandungan minyak yang terlalu sedikit memberi efek matte dan tekstur yang ringan seperti tidak memakai apa-apa pada bibir. Bahkan lipstik jenis matte ini juga tidak mudah hilang walaupun selepas makan!

Namun, tanpa penjagaan bibir yang baik, penggunaan lipstik matte ini akan membuatkan bibir kamu pecah dan merekah. Skrub bibir kamu pada malam hari dan gunakan pelembap sebelum tidur. Keesokannya, gunakan lip balm terlebih dahulu sebelum kamu memakai lipstik matte.

800 matte

Foto — Google

#5  Satin Lipstick (Matte + Lip gloss)

Satin lipstick ini boleh dikatakan kombinasi antara lipstik matte dan lip gloss. Kandungan pelembap yang tinggi memberi efek kilauan pada bibir namun bentuknya hampir sama seperti lipstik matte. Sifat lipstik ini tidak melekit dan tidak mudah hilang membuatkan kamu tidak perlu memakai berulang kali.

800 satin lipstick

Foto — Google

#6  Frosty Lipstick

Lipstik jenis frosty ini sebenarnya terkenal pada tahun 80an. Namun jika bijak memilih warna yang sesuai dengan bibir, kamu akan kelihatam OOMPH! Lipstik jenis frost ini memberi efek kilauan yang minimal dan bersifat metalik. Pakai pelembap bibir telebih dahulu kerana kandungan pelembap pada lipstik jenis frost ini sangat sedikit.

800 frost

Foto — Google

 

Trik 2

Video  — Anita Samantha (youtube) | Rclbeauty101 (youtube)