Tudung Bermaterialkan Bahan Organik Ini Mampu Berikan Keselesaan Sepanjang Hari

Tudung Bermaterialkan Bahan Organik Ini Mampu Berikan Keselesaan Sepanjang Hari

Out & About

Dari menghasilkan produk penjagaan kulit berdasarkan bahan semula jadi iaitu Adania Skin Care, kini Adania tampilkan pula koleksi hijab Gaya yang turut pertama kalinya dipentaskan di Asia Islamic Fashion Week (AIFW 2017).

 

Gambar : GAYA by Adania

 

Mungkin jarang kita dengar akan pelebaran sayap yang sangat drastik perbezaan dari penjagaan kecantikan ke dunia fesyen, tetapi Adania punya misi untuk mewujudkan satu trend fesyen baru yang berilhamkan motif semula jadi serta mesra alam.

 

 

Menurut pengasas Gaya by Adania iaitu Puan Ain Nadia Yusoff, dia mahu menarik lebih ramai peminat fesyen terhadap bahan organik seperti mana produk kecantikan kulitnya yang turut berunsurkan bahan semula jadi.

 

 

Yang istimewanya dalam penghasilan helaian fesyen Gaya by Adania ini, ia terbahagi kepada koleksi Organik dan Sutera Satin. Yang mana koleksi organik dihasilkan dari 100 peratus bahan semula jadi termasuklah kapas, ulat sutera dan kain modal fiber yang menjanjikan keselesaan berpanjangan buat si pemakai. Koleksi ini dihasilkan dengan dua rona iaitu kelabu dan hijau zaitun. Kedua-duanya menggunakan pewarna asli khas untuk fabrik.

 

 

Manakala koleksi Sutera Satin membawa rekaan unik yang mencerminkan karakter si pemakai. Koleksi pertama fesyen dari Adania ini tidak hanya untuk sekadar fesyen semata, malah ia turut ingin memberikan kesedaran ramai untuk mencintai alam semula jadi. Ia termasuklah bermotifkan matahari terbenam, laut, tanah dan marmar.

 

 

Pembuatannya amat dititik beratkan serta mengikut proses Global Organic Textile Standard (GOTS) Fair Trade dan bahan yang digunakan juga telah diluluskan oleh Ecocert dan GOTS.

 

 

Koleksi Gaya by Adania boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi www.gaya.myatau untuk menerusi laman sosial mereka di Instagram dan Facebook.

 

 

Share dari : http://eh.com.my/artikel/fesyen/tudung-bermaterialkan-bahan-organik-ini-mampu-berikan-keselesaan-sepanjang-hari/