Tudung Diciplak : Yana Samsudin Bimbang Pelanggan Lari

Tudung Diciplak : Yana Samsudin Bimbang Pelanggan Lari

Artis

Sudah banyak artis yang berhijab mengeluarkan jenama tudung mereka tersendiri termasuklah Yana Samsudin dengan jenamanya yang dikenali sebagai Ayana.

Namun, baru-baru ini Yana memberitahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab menciplak tudung berkenaan dan mengaut keuntungan dengan mudah. Ini mencetuskan kerisaun didalam hati Yana kerana ia akan memberikan kesan kepada perniagaan dan terutama sekali pelanggan beliau.

Saya sudah mengesan terdapat tudung jenama Ayana yang diciplak dan dijual kepada orang ramai. Walaupun masih belum berleluasa, namun saya bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada peniagaan saya.

Setakat ini kami masih memantau dahulu, jika ia berterusan dan berleluasa, saya akan ambil tindakan undang-undang.

Perbezaan daripada segi kualiti tudung yang asli dan juga yang tiruan sangat jauh berbeza dan Yana tidak mahu pelanggan beliau tertipu dan sekaligus memberikan komen negatif mengenai jenama tudungnya itu.

Saya menjaga kualiti tudung dengan teliti dan saya sendiri pastikan hasilnya sebelum dijual kepada pelanggan, jadi tidak ada masalah tentang kualiti.

Sebelum ini Yana turut menerima komen-komen yang kurang enak mengenai mengenai tudung beliau di Facebook.  Menurut Yana, beliau menerima kritikan itu dengan hati terbuka dan sedar ia sebenarnya dilakukan oleh mereka yang menyamar disebalik akaun Facebook palsu.

Buat Yana, semua ini adalah dugaan dalam berniaga dan beliau sudah bersedia untuk  menghadapi segala cabaran sebelum melangkah masuk ke bidang perniagaan.

 

Share dari: http://beautifulnara.com/tudung-diciplak-yana-samsudin-bimbang-pelanggan-lari/