Tudung Renyuk? Ini Cara Mengelaknya. Mudah!

Tudung Renyuk? Ini Cara Mengelaknya. Mudah!

Tutorial Hijab

Setiap wanita tentu mahu sentiasa tampil rapi dalam setiap situasti, ini termasuk juga mereka yang berhijab. Untuk mengelakkan kamu menghabiskan masa yang lama memakai hijab dek kerana harus menseterika tudung terlebih dahulu, lebih baik ikuti tips mudah lipat dan menjaga hijab ini supaya ia tak mudah renyuk:

1. Menggulung Hijab

596b836fc0a6c5556e144155_m
Melipat hijab dengan cara menggulung, selain dapat menjimat ruang penyimpanan, juga dapat menjadikan koleksi hijab tersusun rapi mengikut warna dan material. Cara ini juga boleh menghindar hijab dari renyuk teruk.

2. Lipat Dua

596b8370c0a6c5556e144161_m
Lipatkan hijab kamu kepada dua bahagian setelah kamu selesai menerika hijab dan gantungkannya menggunakan hanger. Tetapi ingat, jangan lipat sebelum diseterika, kerana nanti akan ada kesan lipatan pada tudung kamu jika kamu berbuat demikian.

3. Lipat Memanjang

59673b12512f5a96045a802a_m
Cara melipat memanjang ini boleh kita lihat di butik atau kedai menjual hijab. Selain mudah, cara melipat panjang ini sesuai untuk hijab jenis pashmina dan material yang cenderung tipis seperti chiffon atau cotton.

Kongsi dari : dewimalaysia