Turutan Terbaik Rutin Penjagaan Muka. Pakai Pelembap Atau Serum Dahulu?

Turutan Terbaik Rutin Penjagaan Muka. Pakai Pelembap Atau Serum Dahulu?

Kecantikan

 Pernah atau tidak kamu terfikir mengapa kulit wajah tiada perubahan walaupun pakai produk kecantikan yang lengkap dan kerap bertukar produk?  Ini jawapannya! 

Tahukah kamu menggunakan produk kecantikan sebenarnya perlu mengikut turutan yang betul? Ini adalah untuk memastikan kulit kamu mendapat manfaat sepenuhnya dari setiap produk.

Contoh, antara krim & serum, yang mana perlu kamu gunakan dahulu? Jika kamu memilih krim, maka kulit kamu tidak akan mendapat manfaat daripada serum sepenuhnya kerana emolien krim telah menjadi penghalang.

Antara moiturizer & sunscreen pula, penggunaan moistuzer selepas sunscreen, kulit tidak akan terima manfaat sunscreen sepenuhnya.

Guna pada MASA yang betul

Masa yang sesuai juga sangatlah penting. Contoh paling mudah, benzoyl peroksida, bahan yang sering dijumpai dalam rejimen rawatan jerawat akan mengambil masa 1 hingga 3 jam untuk ianya berkerja. Apa-apa krim yang bersentuhan dengannya sebelum ia selesai berkerja mungkin akan menghalang bahan aktif dari berfungsi dengan betul. 

Produk Yang Manakah Perlu Digunakan Terlebih Dahulu?

Peraturan mudah untuk diikuti adalah dengan menggunakan produk yang mempunyai kepekatan yang rendah ke kepekatan yang tinggi atau dari cecair kepada minyak. Pakai produk yang ringan pada siang hari manakala bagi produk yang aktif seperti ubat jerawat, pakai pada malam hari. 

Langkah 1 : Pencuci ( Double Cleansing )

Apa itu double cleansing? Double cleansing dalam bahasa mudah sebenarnya bermaksud 2 kali cucian yang melibatkan oil cleanser & facial cleanser.

Cucian pertama — Guna oil cleanser untuk menanggalkan solekan atau kotoran dan minyak yang terkumpul

Cucian kedua — Menyingkirkan lebihan sebum, kotoran dan solekan pada cucian pertama tadi. Guna pencuci muka biasa (facial cleanser)

Untuk pembersihan menyeluruh, gunakan skrub wajah sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu.

Kenapa oil cleanser? Jawapannya sangat mudah, minyak menarik minyak dan oleh itu ianya lebih berkesan untuk menanggalkannya. Minyak juga adalah cara yang lembut untuk membersihkan kulit kamu tanpa perlu menggosok atau menghilangkan minyak semula jadinya. 

Langkah 2 : Toner

Toner mempunyai pelbagai kegunaan, seperti bertindak sebagai sistem penghantaran untuk antioksidan, derivatif vitamin B malah sebagai asid toning. Tambahan lagi, setiap jenis toner ditujukan untuk masalah kulit yang berbeza, jadi amatlah penting untuk menggunakan mengikut jenis kulit kamu.

Langkah 3 : Rawatan Bintik

Bagi memaksimumkan kesan yang lebih baik, biarkan sekurang-kurangnya 5 minit SEBELUM melapisi dengan produk seterusnya untuk  memastikan ia tidak mengetepikan manfaat ubat tersebut. Pilih rawatan bintik berbentuk patch.

Langkah 4 : Serum

Serum adalah sangat pekat, jadi adalah lebih baik untuk menggunakannya pada lapisan yang seboleh-bolehnya dekat dengan kulit. Sesetengah orang menggunakan pelbagai jenis serum yang khusus untuk pelbagai jenis masalah kulit. Jika semua dalam satu serum tidak berhasil, gunakan serum dengan kepekatan yang rendah terlebih dahulu.

Ekstra info — Vitamin C adalah bahan paling popular kerana fungsinya yang merangsang penghasilan kolagen baru, mengurangkan garis halus dan kedutan, melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar, bantu mengurangkan perubahan warna pada kulit yang ketara dan memberi perlindungan terhadap sinaran UV

Langkah 5 : Krim Mata

Bagi kamu yang berumur 20-an, lebih baik kamu mula menggunakan krim mata sekurang-kurangnya setiap malam dari sekarang, jika tidak 2 kali sehari. Kesannya akan mula kelihatan ketika usiamu meningkat. Penggunaan krim mata yang kerap akan mengekalkan keanjalan kulit kelopak mata dan meningkatkan atau mengahalang daripada pembentukan garis halus atau kehilangan kolagen. 

Pilih krim mata dengan SPF atau sunscreen. Lebih baik memakai cermin mata hitam ketika berada diluar bagi melindugi kulit dari kerosakan disebabkan cahaya UV dan menghalang penbentukan garus disekeliling mata.

Langkah 6 : Pelembap 

 Apabila memilih pelembap, lihat pada bahan-bahan yang digunakan seperti gliserin (gliserol), asid hyaluronic, ceramides, minyak kelapa dan minyak tumbuhan lain dan shea butter. Waktu terbaik untuk memakai pelembap adalah ketika kulit masih lembap. Selepas menggunakan pembersih, tepuk muka anda yang masih lembap secara ringan, gunakan rawatan dan serum anda dan selepas itu gunakan pelembap untuk menghalang kulit dari terhidrasi.

Beberapa Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan:

Fokus pada kulit kamu dan cari penyelesaiannya. Apa yang baik untuk rakan kamu tidak semestinya baik untuk kamu. Nasihat terbaik pakar adalah untuk mencari apa yang berfungsi dan terbaik untuk kamu.

Gambar dibawah adalah cara terpantas yang kamu boleh simpan dalam gallery telefon kamu sebagai rujukan!

Day and Night Skin Care Layering Infographic

Sumber — Dermstore.com