Tutorial 4 Gaya Bawal Berlainan Material

Tutorial 4 Gaya Bawal Berlainan Material

Tutorial Hijab

LANGKAH – LANGKAH PAKAI

 

GAYA 1

Bawal Cotton

Langkah 1

  • Lipat tudung menjadi tiga segi (lipatan yang kecil). Pakai tudung dengan sama panjang. Pinkan dekat leher.

Langkah 2

  • Ambil tudung sebelah kanan, bawa ke atas. Pinkan di tengah-tengah.

Langkah 3

  • Ambil tudung sebelah kiri pula, bukakan permukaan tudung, dan bawa tudung ke sebelah kanan. Pinkan di bahu.

Langkah 4

  • Tarik tudung yang di depan tu kebelakang sedikit untuk nampak lebih kemas.

Langkah 5

  • Kemaskan tudung kamu dan siap !

 

GAYA 2

Bawal Crepe

Langkah 1

  • (biarkan tudung dalam keadaan tak berlipat) . Pakai tudung dengan sebelah pendek (kiri) dan sebelah panjang (kanan).

Langkah 2

  • Tekapkan tudung mengikut bentuk muka kamu, pinkan di kedua belah sisi muka.

Langkah 3

  • Pinkan tudung dekat belakang.

Langkah 4

  • Angkat sedikit tudung bawa ke depan, Lipatkan sisi tudung.

Langkah 5

  • Ambil tudung di sebelah kanan, pinkan di sebelah sisi kiri.

Langkah 6

  • Pinkan di sisi kiri. Siap !

 

 

GAYA 3

Bawal Chiffon

Langkah 1

  • Lipat tudung menjadi tiga segi. Pastikan lipatan tu tak sama pada hujungnya.

Langkah 2

  • Pakai tudung secara terbalik (lipatan yang lebih pendek dekat luar). Pakai tudung dengan labuh tudung yang sama.

Langkah 3

  • Lipat sisi tudung dan pinkan dekat leher.

Langkah 4

  • Ambil tudung sebelah kiri, pusingkan satu kali dan bawa ke belakang dan pinkan.

Langkah 5

  • Ambil tudung sebelah kanan, selimpangkan saja ke kiri. Pastikan sebelah kanan tudung jatuh bahu, dan sebelah kiri pula di atas bahu. Pinkan

Langkah 6

  • Kemaskan tudung ikut selesa kamu dan siap !

 

GAYA 4

Bawal Satin

Langkah 1

  • Lipatkan tudung menjadi tiga segi yang kecik. Pakai tudung sama panjang dan pinkan.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang di belakang sekali, angkat dan bawa ke depan.

Langkah 3

  • Ambil tudung sebelah kanan, bawa ke sisi kiri dan pinkan.

Langkah 4

  • Pinkan tudung di sisi kiri. Kemaskan tudung dan siap !